• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Madrasah Pertama Belajar Guna i-Pad

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Madrasah moden yang pertama di Terengganu akan mula beroperasi pada 1 April ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Terengganu, Ghazali Taib.

Beliau berkata, ketika ini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sedang mengadakan proses temu duga untuk pengambilan pelajar ke madrasah moden itu yang terletak di Batu Rakit dekat Kuala Nerus.

“Sebanyak 96 pelajar ditemu duga bagi kemasukan kali pertama ini yang bertujuan mengetahui sejauh mana mereka serius mahu mengikuti pembelajaran di madrasah moden tersebut.

“Sebagai projek perintis, kita akan membuka pengambilan untuk 120 pelajar dan jika segalanya berjalan lancar kelak, ia akan diperluaskan ke daerah yang lain pula,” katanya kepada Bernama hari ini.

Madrasah moden itu adalah cetusan idea Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang mahu Terengganu meneruskan tradisi sebagai pusat perkembangan ilmu, khususnya pengajian Islam dengan memperbanyakkan kewujudan madrasah moden.

Ghazali berkata, pada asasnya, mata pelajaran yang akan diajar di madrasah moden itu adalah sama seperti sekolah biasa, cuma diberi penekanan terhadap pengajian Islam dan Al-Quran.

“Selain bahasa Arab, madrasah moden itu turut memberi penekanan terhadap bahasa Inggeris bagi membolehkan pelajar menguasai bahasa itu dan memudahkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Di sini, kecemerlangan akademik bukanlah syarat utama untuk kemasukan ke madrasah moden kerana yang penting, pelajar itu sendiri berminat mengikuti pembelajaran dalam bidang agama,” katanya.

Madrasah moden itu juga akan dilengkapi dengan teknologi canggih pembelajaran i-Class dengan menggunakan i-Pad agar pelajarnya turut menguasai kemahiran komputer dan teknologi komunikasi maklumat, sama seperti sekolah yang lain, katanya. – BERNAMA

Tags: madrasahTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd