• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

oleh AK-47
23/05/2025
dalam Jenayah
0
Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan dalam kandungannya mati sebelum dilahirkan, minggu lalu.

Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Norazzeti Azima Awang Long, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah menetapkan hukuman bermula dari tarikh ditangkap pada 19 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mengambil ubat ‘misoprostol’ dengan niat untuk menghalang bayi daripada dilahirkan dalam keadaan hidup, di dalam tandas sebuah bilik di kondominium di sini, kira-kira 10 malam, 12 Mei lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga tahanan di Penjara Sungai Udang dibawa ke Hospital Melaka kerana mengalami bengkak susu, dan ketika itu dia mengaku kepada doktor bahawa mengalami keguguran dianggarkan berusia enam bulan selepas memakan ubat untuk menggugurkan kandungan jenis ‘misoprostol’.

Ubat itu didakwa dibeli di aplikasi TikTok pada harga RM600 pada 12 Mei lalu dan janin iti kemudiannya diberi kepada rakan lelaki untuk ditanam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif manakala, tertuduh diwakili Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

-Harian Metro

Tags: Gugur KandunganPenjara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd