Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Gambar ‘Kantoikan’ Zul Ariffin,...

ADAKAH benar Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson kini sedang bercinta?Ini semua gara-gara tersebarnya...

Kejohanan Olahraga Remaja Peluang...

KUALA LUMPUR - Atlet olahraga masih berpeluang menempah slot ke Sukan SEA Singapura...

Cef Selebriti Dibelasah 3...

STOCKHOLM - Seorang cef dan juga selebriti terkenal Sweden, Anders Vendel, teruk dibelasah...

19 Dilaporkan Maut Dalam...

LONDON - Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut dan 50 lagi cedera di lokasi...

Pendaftaran Pekerja Asing Melalui Kaunter Diteruskan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan urusan pembaharuan pas lawatan kerja sementara bagi pekerja asing di kaunter Jabatan Imigresen akan terus dibuka seperti biasa selagi perkhidmatan kaunter itu diperlukan oleh orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, perkhidmatan kaunter itu hanya di tutup jika urusan berkenaan secara dalam talian menjadi pilihan utama orang ramai manakala permintaan untuk berurusan di kaunter berkurangan.

Beliau bagaimanapun menerangkan, kerajaan melaksanakan urusan pembaharuan pas lawatan kerja sementara secara dalam talian bagi mengatasi kelemahan dalam sistem pengurusan pekerja asing kerana ramai pekerja asing terus tinggal dan bekerja di negara ini secara haram selepas tempoh pas lawatan kerja tamat.

“Kerajaan juga meningkatkan penggunaan pemprosesan atas talian bagi menambah baik pengendalian data dan akses kepada maklumat dengan cepat di samping untuk mengurangkan kes-kes tunggakan dan masa menunggu di kaunter,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Seng Kuan memberitahu, kerajaan akan menyediakan perkhidmatan dalam talian yang di tambah baik bagi kedua-dua urusan pengambilan dan pembaharuan menggunakan e-Permohonan Pekerja Asing (e-PPA) sedia ada di Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Menurutnya, penggunaan sistem tersebut itu bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana KSM memerlukan kira-kira dua bulan bagi mempertingkat keupayaan teknikal dan kapasiti sistem tersebut.


Beliau dalam pada itu menjelaskan, MyEG Services Berhad (MyEG) bukan satu-satunya syarikat penyedia perkhidmatan dalam talian untuk urusan pembaharuan pas lawatan kerja sementara bagi pekerja asing.

Menurutnya, syarikat tersebut sedang menjalankan “proof of concept’ dan tiada komitmen yang mengikat pelantikan syarikat tersebut sebagai satu-satunya penyedia pembaharuan pas tersebut.

Media pada 11 Januari lalu melaporkan tindakan Jabatan Imigresen mengarahkan semua urusan pembaharuan pas lawatan kerja sementara bagi pekerja asing secara manual dihentikan berkuatkuasa pada 5 Januari 2015 dibidas pihak terbabit.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Jeffrey Foo dipetik berkata, tindakan itu seolah-olah mahu menindas majikan kerana mereka perlu mendaftar pekerja masing-masing secara dalam talian melalui perkhidmatan MyEG. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori