• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gulam Muzaffar Minta Anthony Loke Jelaskan Penggunaan ‘Post-Dated Cheque’ RM231 Juta MYEG

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Gulam Muzaffar Minta Anthony Loke Jelaskan Penggunaan ‘Post-Dated Cheque’ RM231 Juta MYEG
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mempersoalkan penggunaan cek bertarikh kemudian (post-dated cheque) bernilai RM231 juta oleh MYEG bagi menyelesaikan tunggakan kutipan hasil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Menerusi hantaran di media sosial semalam, Gulam Muszaffar mengemukakan empat persoalan susulan pendedahan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengenai cek RM231 juta yang diserahkan pada 21 Ogos 2026, bertarikh 30 September 2026, tetapi tidak dapat diproses oleh bank atas arahan syarikat.

Menurut Gulam Muszaffar, persoalan pertama adalah sama ada perjanjian antara MYEG dengan JPJ membenarkan penggunaan cek bertarikh kemudian bagi menjelaskan kutipan hasil kerajaan.

Beliau turut mempersoalkan sama ada syarikat berkenaan dibenarkan mengumpulkan hasil kutipan bagi sesuatu tempoh sebelum membuat pembayaran secara sekali gus.

“Adakah jumlah terkumpul untuk sesuatu tempoh kutipan dibenarkan? Bukan sepatutnya dikreditkan setiap transaksi yang telah berjaya? It call One vs One transaction for reconciliation process,” katanya.

Persoalan ketiga yang dibangkitkan adalah tempoh 41 hari antara penyerahan cek pada 21 Ogos dengan tarikh cek berkenaan dikreditkan pada 30 September 2026 dan penggunaan cek bagi pembayaran bernilai RM231 juta, bukannya membuat pemindahan wang secara elektronik atau pembayaran berkala.

“Kenapa tidak menggunakan pemindahan bayaran secara elektronik dengan jumlah sebanyak RM231 juta atau membuat bayaran secara berkala berbanding bulk payment?,” soalnya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Gulam Muszaffar

Tags: 'Post-Dated Cheque' RM231 JutaAnthony LokeGulam MuzaffarJelaskanMintaMyEGPenggunaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan susulan isu tunggakan RM314...

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd