• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas Kesihatan Berdepan Cabaran Baharu

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kemajuan teknologi maklumat dan taraf pendidikan masyarakat yang semakin tinggi memberi cabaran baharu kepada petugas kesihatan masa kini, kata Timbalan Menteri kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata peningkatan jangkaan rakyat terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan menuntut kakitangan kesihatan untuk senantiasa memberi perkhidmatan bermutu tinggi.

“Menggembirakan pelanggan haruslah menjadi antara matlamat kita, manakala peningkatan tahap kemahiran serta ilmu sememangnya merupakan antara ciri-ciri profesionalisme yang merupakan budaya Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya pada majlis konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Zon Sarawak dan Sabah 2014 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau juga mahu para graduan untuk terus menimba ilmu pengetahuan dan mempertingkat kemahiran mereka supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkesan.

Seramai 889 graduan menerima sijil dan diploma masing-masing dalam pelbagai bidang latihan pada majlis hari ini sementara 600 lagi graduan akan menerima sijil dan diploma mereka esok. – BERNAMA

Tags: kesihatanpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd