• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Siasat 2 Individu Hina Islam, Nabi Muhammad

oleh
30/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dua individu di Selangor serta Sabah atas dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam menerusi media sosial baru-baru ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Mohd Shafie Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata dua individu itu ditahan di Kajang dan Semporna menerusi serbuan dengan kerjasama polis, manakala dua telefon bimbit, tiga kad sim dan satu kad memori turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan itu susulan laporan orang ramai yang diterima SKMM dan kesalahan dua suspek itu menjurus kepada perbuatan memuat naik kandungan bersifat jelik serta menghina dengan niat mengganggu dan menyakitkan hati orang lain.

“Dalam kes pertama membabitkan pengguna akaun Facebook bernama ‘Auni Zaara’, suspek memuat naik mesej yang menghina Nabi Muhammad dan isteri.

“Manakala dalam kes kedua pula membabitkan pengguna akaun Facebook ‘Fadhillah Abdulhamid’, suspek memuat naik kandungan bersifat jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad dengan kata-kata yang cukup menghina.”

Shafie berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Katanya, SKMM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan mesej berbaur penghinaan yang boleh mengundang kemarahan orang ramai.

Tags: hina islamHina Nabi MuhammadSKMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Orang Islam Selamat Dengan Islam”

Next Post

Pekerja Perlu Latihan, Kemahiran Untuk Gaji Lebih Tinggi

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

Next Post

Pekerja Perlu Latihan, Kemahiran Untuk Gaji Lebih Tinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd