• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Orang Islam Selamat Dengan Islam”

oleh
30/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Orang Islam perlu sedar dan yakin bahawa mereka selamat dengan Islam,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, orang Melayu yang mempropagandakan Islamofobia pula sebenarnya menenggelamkan diri sendiri dalam kemelut politik antarabangsa.

“Jangan kita terkam kepada apa sahaja yang timbul, mungkin sampah yang timbul bukan pelampung.

“Jadi Islamofobia ini adalah satu momokan yang ditaja oleh Barat dan gagal dalam menghadapi pengaruh Islam di seluruh dunia,” tulis beliau dalam laman Facebooknya.

Tambah beliau, Barat menafikan keadilan dan keindahan Islam namun situasi sekarang menunjukkan kebangkitan Islam turut berlaku di negara-negara Barat.

Tegasnya, meskipun Barat memperkenalkan Islamofobia yang sengaja dicipta namun ia gagal menentang kebangkitan Islam.

“Apa yang mereka buat menyebabkan ramai pelarian berhijrah ke negara Barat hari ini. Difahamkan juga kedatangan mereka mempengaruhi orang Barat dari segi Islam.

“Keduanya, apa yang menarik, orang Barat ini suka membaca. Jadi dalam kalangan ilmuan mereka, bila diletak label yang sebegini terhadap Islam, mereka mahu tahu,” ujar beliau.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu, sifat ingin tahu tersebut membuatkan mereka membaca buku berkaitan Islam.

“Bila mereka membaca menyebabkan ramai dalam kalangan yang sangat berilmu ini masuk Islam.

“Sebab itulah kalau orang bukan Islam yang diberi ilmu masuk Islam, maka kita yang orang Islam ini, kena cerdik dan bijaklah,” tegasnya.

Seperti sebelum ini, Abdul Hadi memulakan hantaran di laman sosial beliau dengan memuat naik soalan sebelum menjawabnya.

“Kalau kita lihat situasi Islamofobia di Barat, peristiwa di New Zealand satu pengajaran.

“Tetapi di Malaysia kita tengok situasi sekarang, seolah-olah orang Islam, orang Melayu itu sendiri yang menjadi tali barut kepada suara Barat untuk mempropagandakan lagi Islamofobia itu sendiri.

“Bagaimana pandangan Tuan Guru?” tulis beliau dalam laman Facebooknya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangislamPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd