• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

oleh Mohd Arshad
28/04/2025
dalam Utama & Sensasi
0
SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat palsu yang mengaitkan institusi diraja.

Menurut kenyataan SKMM, dua sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut terhadap individu terbabit telah dilaksanakan di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya pada Jumaat dan hari ini, susulan aduan orang awam yang diterima pihak suruhanjaya mengikut peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Siasatan awal mendapati kandungan yang dikaitkan dengan pempengaruh berkenaan melibatkan penyebaran maklumat palsu yang tidak berasas dan mengaitkan Institusi Diraja.

“Selain itu, terdapat juga percubaan untuk mendedahkan maklumat peribadi individu tanpa kebenaran dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

Menurut SKMM tindakan pempengaruh tersebut berpotensi mencetuskan kegusaran awam, menyebarkan fitnah, mengundang ancaman terhadap keselamatan individu yang terlibat, serta melanggar perundangan komunikasi dan perlindungan data peribadi.

SKMM menegaskan komitmennya untuk menyiasat semua aduan berdasarkan undang-undang tanpa mengira status, populariti, atau pengaruh individu yang terlibat.

“Setiap siasatan dijalankan secara profesional, berlandaskan prosedur yang adil serta mengikut peruntukan undang-undang di bawah AKM 1998 dan merupakan langkah awal untuk mengumpul maklumat berkaitan,” menurut SKMM.

Pada masa sama, orang ramai diingatkan bahawa sebarang penyebaran kandungan menyentuh isu 3R (agama, kaum dan Institusi Diraja) bersifat mengancam, mengganggu atau menceroboh privasi individu adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan sedia ada.

Bernama-

Tags: pempengaruhSKMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Israel Bakal Berdepan Tuduhan Melanggar Undang-undang Antarabangsa

Next Post

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

Next Post
Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN - Ahmad Zahid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd