• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Perlu Latihan, Kemahiran Untuk Gaji Lebih Tinggi

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran menggesa para pekerja Malaysia agar menghadiri kursus latihan kemahiran dan menyatakan dengan adanya kemahiran yang sesuai akan membolehkan mereka mendapat bayaran gaji 20 peratus lebih tinggi.

Beliau berkata mana-mana rakyat Malaysia yang boleh membaca dan menulis layak untuk menyertai kursus latihan kemahiran di mana-mana institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Kebanyakan institut TVET ini mengajar kemahiran asas. Anda tidak memerlukan kertas akademik,” demikian kongsi Kula Segaran semasa sesi pertemuan dengan diaspora Malaysia, di sini.

Beliau berada di sini mengetuai delegasi Malaysia bagi menghadiri Sesi Khas Persidangan Menteri-Menteri Buruh ASEAN dan Singapura mengenai Masa Depan Pekerjaan.

“Kita berusaha untuk menumpukan 70 peratus bagi latihan dan 30 peratus kursus kerja,” ujarnya.

Menurutnya, hanya 28 peratus jumlah tenaga kerja di Malaysia ketika ini yang berkemahiran di mana di negara-negara lain seperti Singapura peratusannya mungkin sehingga setinggi 50 peratus.

“Ia langsung tidak memberi prospek yang baik,” kata Kula Segaran.

“Tidak ada negara boleh dibangunkan…tidak ada negara boleh maju melainkan sebahagian besar daripada pekerjanya berkemahiran. Ini adalah cabaran besar yang kita hadapi dan harapnya dari masa ke semasa kita boleh melakukannya,” katanya.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang akan berakhir tahun depan, sasaran yang ditetapkan adalah untuk mendapatkan 35 peratus daripada tenaga kerja berkemahiran.

“Ini adalah satu daripada cabaran yang saya hadapi. Saya berharap saya boleh mencapai angka yang lebih baik. Kita mungkin tidak mencapai angka 35 peratus itu tetapi kita pasti akan mencapainya satu masa nanti.

“Sekarang saya berusaha untuk mempercepatkan keseluruhan isu dan memberi keutamaan kepadanya,” katanya.

Beliau berkata terdapat beberapa cabaran yang dihadapi kementeriannya, antara lainnya, sesetengah majikan yang enggan menghantar pekerja mereka mendapatkan latihan bagi meningkatkan kemahiran mereka, sama ada kerana bimbang kehilangan pekerja atau mereka tidak bersedia untuk memberikan cuti tanpa rekod.

Manakala bagi pihak pekerja pula, mereka tidak menyedari mengapa mereka perlu pergi untuk meningkatkan kemahiran.

“Kini kita akan memberikan insentif khas kepada mereka yang mahu mendapatkan kemahiran. Jadi kita berharap kita akan dapat mentransformasikan keseluruhan proses,” katanya.

Tags: Gaji Minimumkula segaranpekerja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun 2027

Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd