• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM32,962.87 Disita Daripada UMNO Kelantan Jadi Milik Kerajaan

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wang berjumlah RM32,962.87 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi milik Kerajaan Malaysia.

Wang terbabit yang disita SPRM tahun lalu, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh hari ini yang membenarkan permohonan Pendakwa Raya untuk melucut hak harta berkenaan kepada kerajaan.

Ahmad Shahrir membuat keputusan itu selepas mendapati Pendakwa Raya yang bertindak selaku pemohon berjaya membuktikan kesnya melalui imbangan kebarangkalian.

Pendakwa Raya juga didapati berjaya memuaskan hati mahkamah mengikut Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, bahawa wang yang disita itu hasil daripada aktiviti haram.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bahawa kerajaan berhak kepada jumlah wang terbabit berserta faedah, yang disimpan di Bank CIMB.

Dalam prosiding hari ini, Pendakwa Raya diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nik Haslinie Hashim manakala Nurul Hazreen Ahmad Kamal bertindak bagi pihak UMNO Kelantan.

Pendakwa Raya memfailkan permohonan untuk melucut hak harta itu pada 29 Jun 2018 selepas membekukan akaun UMNO Kelantan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya sebelum ini dilaporkan berkata permohonan perlucutan hak harta difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut AMLATFPUAA selepas suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – BH Online

Tags: Kerajaan PHSPRMUMNO Kelantanwang disita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pejabat TPM Lapor Polis Terhadap Raymond Cheah

Next Post

Institusi Perbankan Turunkan Kadar Faedah

Related Posts

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

16/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menyifatkan permohonan maaf oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

12/07/2025
0

Kota Bharu: UMNO Kelantan memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera melaksanakan titah tahanan rumah ke atas bekas...

Next Post

Institusi Perbankan Turunkan Kadar Faedah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd