• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

oleh Mohd Arshad
16/07/2025
dalam Terkini
0
Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menyifatkan permohonan maaf oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai tidak ikhlas dan sekadar sandiwara publisiti.

Dalam satu sesi sidang media bersama Persatuan Teoh Beng Hock untuk Perkembangan Demokrasi (TBH-ADA) hari ini, pihak keluarga mengecam kenyataan Azam yang memohon maaf ‘secara peribadi’ itu, namun pada masa sama terus menafikan pembabitan pegawai SPRM dalam kematian Beng Hock.

Adik perempuan mendiang, Teoh Lee Lan berkata, permohonan maaf seperti itu tidak membawa sebarang makna selagi tidak ada pengakuan atau tindakan terhadap pihak bertanggungjawab.

Katanya, cadangan Jabatan Peguam Negara kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2022 untuk menawarkan pampasan dan permohonan maaf tambahan kepada keluarga Beng Hock adalah tindakan yang memalukan.

“Keluarga menolak tawaran tersebut, sebaliknya mendesak pegawai SPRM yang terlibat dalam kematian Beng Hock didakwa di mahkamah.

“TBH-ADA turut membidas logik pampasan digunakan SPRM dan mencadangkan Azam Baki menyerahkan lima nyawa pegawai SPRM yang didakwa terlibat iaitu Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail, Hairul Ilham Hamzah, Mohd Ashraf Mohd Yunus dan Zulkefly Aziz,” katanya.

Azam ini dilapor mengutuskan permohonan maaf dan simpati terhadap penderitaan ditanggung keluarga Beng Hock yang meninggal dunia ketika disoal siasat agensi antirasuah itu pada 2009.

Permohonan maaf itu dikemukakan pada hari ulang tahun ke-16 kematian Beng Hock, yang juga Setiausaha Politik kepada EXCO Selangor ketika tu, Ean Yong Hian Wah.

Lee Lan dalam pada itu memaklumkan TBH-ADA bersedia untuk melancarkan kempen kutipan dana dari orang awam dengan nilai pampasan RM660,000 bagi setiap nyawa lima pegawai SPRM terbabit, menjadikan jumlah keseluruhan RM3.3 juta.

Mereka juga bersedia mengedarkan sumbangan kepada keluarga lima pegawai terbabit dan akan memohon maaf secara terbuka kepada mereka selepas tindakan itu disempurnakan.

“Sekiranya SPRM dan kerajaan benar-benar percaya bahawa wang adalah segala-galanya dan nyawa manusia boleh diganti dengan pampasan, maka tunjukkanlah logik ini kepada rakyat Malaysia secara terbuka,” katanya.

Lee Lan turut menegaskan apa yang dituntut keluarga mereka sejak lebih sedekad lalu adalah keadilan dan bukannya pampasan.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam. Mendiang dibawa ke pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu pada 15 Julai bagi membantu siasatan sebelum ditemui meninggal dunia keesokan harinya dalam keadaan mencurigakan.

BHonline-

Tags: Azam BakiKeluarga Beng Hockpermohonan maafSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd