• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Institusi Perbankan Turunkan Kadar Faedah

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Maybank, Public Bank dan RHB Banking Group  mengumumkan penurunan kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berikutan pelan Bank Negara Malaysia memotong kadar dasar semalaman.

Maybank dalam satu kenyataan berkata, ia akan mengurangkan BR dan BLR sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa hari ini, masing-masing kepada 2.75 peratus setahun dan 6.40 peratus setahun.

Pemberi pinjaman yang terbesar di negara ini turut memberitahu, BR dan BLR Islam akan diturunkan sebanyak 25 mata asas, masing-masing kepada 2.75 peratus dan kepada 6.40 peratus.

“Selaras dengan semakan itu, kadar deposit Maybank juga akan dikurangkan sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa pada hari yang sama. Semakan terakhir dalam BR Maybank adalah pada 17 Mei 2019, apabila ia disemak semula kepada 3.00 peratus daripada 3.25 peratus,” katanya.

Public Bank Bhd. dan Public Islamic Bank dalam satu kenyataan berasingan turut mengumumkan pemotongan 25 mata asas dalam BR dan BLR berkuat kuasa Selasa depan (28 Januari), dengan kadar deposit tetap dilaraskan sebanyak 0.25 peratus.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, memandangkan persekitaran operasi yang mencabar ini, pengurangan BR Public Bank adalah tepat pada masanya untuk meringankan beban peminjam dan membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

“Public Bank akan terus menguruskan aset dan liabiliti secara proaktif bagi memastikan kadar faedah adalah munasabah bagi manfaat para pelanggannya,” katanya.

Sementara itu, menurut RHB Banking Group, BR dan BLR kumpulan itu akan dikurangkan sebanyak 25 mata asas mulai Rabu depan (29 Januari).

Bank itu dalam satu kenyataan menjelaskan RHB Bank, RHB Islamic Bank dan RHB Investment Bank akan memotong BR dan BLR kepada 3.50 peratus setahun dan 6.45 peratus setahun. Kadar deposit tetap RHB Bank juga akan jatuh sebanyak 25 mata asas selaras dengan semakan tersebut.

Hong Leong Bank Bhd. dan Hong Leong Islamic Bank Bhd. juga akan mengurangkan kadar asas sebanyak 25 mata asas kepada 3.63 peratus berkuat kuasa Jumaat minggu depan (31 Jan).

“Begitu juga, pinjaman dan pembiayaan berasaskan BLR serta kadar pembiayaan Islam akan diturunkan kepada 6.64 peratus berbanding 6.89 peratus. Kadar deposit tetap akan disemak semula untuk menjadi lebih rendah sebanyak 25 mata asas,” kata kumpulan itu. 

Tags: institusi perbankankadar dasar semalamankadar faedah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM32,962.87 Disita Daripada UMNO Kelantan Jadi Milik Kerajaan

Next Post

Koronavirus: Darurat Hanya Di China Bukan Di Dunia

Related Posts

BNM Dijangka Kekal Kadar Faedah Sehingga Julai

17/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Bank Negara Malaysia dijangka akan menunggu sehingga Julai sebelum meningkatkan kadar faedah memandangkan ia sedang memerhati tahap...

Sedia 30 Bank Bergerak Untuk 250 Mukim

29/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM18 juta kepada institusi kewangan domestik bagi menyediakan 30 unit bank bergerak di sekitar 250...

Next Post

Koronavirus: Darurat Hanya Di China Bukan Di Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd