• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

oleh Mohd Arshad
12/07/2025
dalam Politik, Terkini
0
UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu: UMNO Kelantan memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera melaksanakan titah tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membuktikan proses perundangan yang telus dan adil sekaligus dapat menangkis tanggapan negatif oleh rakyat sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub, berkata pihaknya bersyukur susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Peguam Negara kelmarin.

“Ini sekaligus membuktikan kewujudan titah bagi penahanan rumah membabitkan Najib.

“Oleh yang demikian, UMNO Kelantan memohon pihak Kerajaan untuk menghentikan segala prosiding pendakwaan selari dengan keabsahan titah adendum ini.

“Saya dan seluruh ahli UMNO di negeri Kelantan berdoa agar Datuk Seri Najib mendapat keadilan sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati pandangan semua pihak berkaitan Titah Adendum ke atas Najib.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata isu terbabit masih dalam urusan mahkamah.

-Harian Metro

Tags: najibTitah Tahanan RumahUMNOUMNO Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd