• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Meterai Kontrak RM17.8 Bilion Di Natsec 2018

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan, melalui Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan telah memeterai lapan kontrak, tiga Memorandum Persefahaman (MoU), 11 surat penerimaan dan satu perjanjian lain yang bernilai RM17.8 bilion pada Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC 2018) yang diadakan bersempena dengan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2018) di sini hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata perjanjian-perjanjian itu mencerminkan kesediaan kerajaan dalam menyediakan dana untuk mengoptimumkan keselamatan negara, serta mengukuhkan komitmen bagi melindungi kedaulatan negara tanpa kompromi.

“Kebanyakan kontrak tersebut disumbangkan oleh enam program ofset, yang bernilai kira-kira RM14.4 bilion,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian itu di sini hari ini.

“Program-program ofset ini merupakan alternatif terbaik dalam meningkatkan keupayaan pertahanan negara, di mana Kementerian Pertahanan mendapat teknologi ketenteraan termaju daripada beberapa ekonomi pertahanan terkemuka termasuk pemindahan teknologi dan pengetahuan kepada industri tempatan dalam mewujudkan kecekapan kejuruteraan bagi mengurangkan pergantungan kepada syarikat luar negara,” kata Hishammuddin.

Sementara itu, dua MoU telah ditandatangani antara Kementerian Pertahanan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membabitkan 165 pegawai UPNM dan 45 pegawai UKM bagi melahirkan anggota tentera yang cekap.

Hishammuddin berkata perjanjian itu ditandatangani selepas kejayaan kerjasama yang berterusan antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri berikutan kejayaan dalam melaksanakan beberapa program Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Bersempena dengan majlis berkenaan, terdapat juga acara menandatangani perjanjian melibatkan pemindahan teknologi dan peralatan pertahanan antara Jepun dan Malaysia, yang telah ditandatangani oleh Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Perjanjian itu merangkumi penubuhan satu rangka kerja undang-undang bagi kedua-dua kerajaan mengenai peralatan pertahanan dan pengendalian teknologi untuk perlaksanaan projek serta bersama-sama menyumbang kepada kestabilan dan keamanan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Operasi SAR MV Geos Tumpu Bahagian Dalam Kapal

Next Post

Indonesia Sahkan Equanimity Tiada Kaitan 1MDB

Related Posts

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

Skor Rendah Indeks Integriti, Mindef Sedia Beri Kerjasama Penuh

17/11/2021
0

Kementerian Pertahanan (Mindef) sedia memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak susulan penarafan rendah dicatatkan negara bagi indeks antarabangsa berkaitan rasuah...

Next Post

Indonesia Sahkan Equanimity Tiada Kaitan 1MDB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd