• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR MV Geos Tumpu Bahagian Dalam Kapal

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa kapal pengerudi MV Geos terbakar semalam yang masih hilang, dengan tumpuan pencarian pada bahagian dalam kapal tersebut.

Pengarah APMM Daerah Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata operasi SAR mangsa Mohamad Saiful Ashnar, 31, yang masuk hari kedua ini turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri dengan empat anggotanya terlibat untuk menangani risiko kebocoran gas di lokasi kejadian.

“Operasi SAR hari ini tertumpu kepada pencarian di dalam kapal MV Geos sendiri kerana menurut mangsa-mangsa terselamat, Mohamad telah tiada semasa kapten kapal membuat pengiraan kru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fauzi berkata selain itu, operasi mencari di sekitar perairan berhampiran masih diteruskan dengan menggunakan aset APMM, Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Petronas.

Kapal pengerudi MV Geos yang mempunyai 39 kru ketika kejadian berlaku dilaporkan terbakar pada 3.15 pagi semalam dengan 38 daripadanya berjaya menyelamatkan diri serta seorang masih lagi dicari. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd