• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skor Rendah Indeks Integriti, Mindef Sedia Beri Kerjasama Penuh

oleh Cj Mnh
17/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pertahanan (Mindef) sedia memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak susulan penarafan rendah dicatatkan negara bagi indeks antarabangsa berkaitan rasuah dalam sektor pertahanan.

Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata dalam isu ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa; sejak pentadbiran PH lagi kerajaan telah mewujudkan pelbagai jawatankuasa bagi menanganinya.

“Mindef sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka untuk mencari keadilan dan kebenaran,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Dia berkata demikian sebagai mengulas penarafan ‘D’ diterima negara selepas mencatatkan skor 45 peratus untuk Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDI) 2020 yang dikeluarkan Transparency International hari ini.

Menurut laman sesawang Transparency International Defence and Security, berdasarkan data yang dikumpul dari Ogos 2019 hingga Jun 2021, Malaysia dinilai mempunyai risiko rasuah yang tinggi dalam sektor pertahanannya.

Mengulas lanjut Hishammuddin menjelaskan bahawa dia sendiri telah menjawab banyak isu berkaitan perkara berkenaan sebelum ini.

“Saya difahamkan penarafan D untuk GDI ini baru diumumkan pagi tadi dan apa yang mereka umumkan berdasarkan kajian mereka tahun lepas. Saya sendiri baru terajui Mindef semula tiga bulan, jadi saya akan tengok apa terkandung dalam laporan ini,” katanya.

-Bernama

Malaysia Dapat Gred ‘D’ Bagi Indeks Integriti Pertahanan TI

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinMindef
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd