• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Sahkan Equanimity Tiada Kaitan 1MDB

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Mahkamah Indonesia semalam, mendapati kapal layar mewah Equanimity yang disita di perairan Bali pada akhir Februari lalu, tiada kaitan langsung dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan mendapati, kapal layar berkenaan adalah milik sah Equanimity (Cayman) Ltd. dan bukan kepunyaan syarikat pelaburan strategik Malaysia tersebut.

Keputusan itu dibuat mahkamah dalam prosiding perbicaraan terhadap permohonan yang difailkan oleh Equanimity Cayman terhadap Bahagian Siasatan Jenayah Ekonomi dan Khas Polis Indonesia (POLRI).

Ketua bahagian itu, Brig-Jeneral Polis Dr. Rudy Heriyanto Adi, berkata mahkamah dalam penghakimannya, menerima dan meluluskan semua permohonan pra-perbicaraan yang dibuat Equanimity Cayman.

“Ketika meluluskan permohonan terbabit, mahkamah menyatakan bahawa tindakan polis menyita kapal berkenaan pada 26 Februari lalu sebagai tidak sah serta tidak mengikut lunas undang-undang.

“Justeru itu, mahkamah memerintahkan supaya kapal terbabit dikembalikan kepada pemohon (Equanimity Cayman) selaku pemiliknya,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Jakarta susulan penghakiman itu, semalam.

Baca: Sah Berita Palsu, Tiada RM1 Bilion Dalam Equanimity

Rudy berkata, susulan keputusan Mahkamah Daerah Jakarta Selatan yang bersifat muktamad itu, POLRI akan mematuhi perintah yang dikeluarkan dengan segera mengembalikan kapal berkenaan kepada pemiliknya.

“Berdasarkan keterangan yang dikemukakan ketika prosiding mahkamah semalam, kapal layar mewah Equanimity adalah milik sah Equanimity Cayman.

“Tidak ada keterangan menyatakan kaitan di antara kapal Equanimity dengan 1MDB,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kapal layar bernilai hampir RM1 bilion itu, disita pihak berkuasa Indonesia yang bertindak atas permohonan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Ketika diserbu pihak berkuasa Indonesia, kapal mewah yang didaftarkan di Pulau Cayman itu, sedang belayar di perairan Bali bersama 36 kru.

Susulan penyitaan yang dibuat, pada 30 Mac lalu, Equanimity (Cayman) selaku pemilik sah kapal terbabit, dalam kenyataannya menyifatkan DoJ dan pihak berkuasa Indonesia bertindak melampaui had perundangan negara masing-masing dalam isu terbabit.

Susulan itu, pemilik kapal terbabit memfailkan dokumen berkaitan di mahkamah Indonesia dan Amerika Syarikat bagi membuktikan pemilikannya. – Berita Harian

Tags: Equanimitykapal layar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Meterai Kontrak RM17.8 Bilion Di Natsec 2018

Next Post

KPM Tidak Tolak Mungkin Wujud Elemen Buli

Related Posts

Empat Mayat Ditemui Selepas Kapal Layar Hanyut Secara Misteri

Empat Mayat Ditemui Selepas Kapal Layar Hanyut Secara Misteri

03/01/2023
0

BANGKOK – Empat mayat ditemui selepas sebuah kapal layar sepanjang 64.37 meter (m) dicuri dan hanyut secara misteri dengan sendirinya...

Harga Penuh Equanimity Dibayar Dalam Tempoh Ditetapkan

11/01/2020
0

PUTRAJAYA - Genting Malaysia Bhd. menjadi pemilik baru kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion dikreditkan ke...

Next Post

KPM Tidak Tolak Mungkin Wujud Elemen Buli

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd