• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Baharu Jangan Campur Urusan Mahkamah – Annuar Musa

oleh
02/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampuradukkannya dengan kepentingan politik.

“Walau bertukar kerajaan, sistem peraturan perundangan tetap berjalan seperti biasa, maka sebagai pihak eksekutif tidak boleh campur tangan. Kalau kita hormati konsep itu maka tiada kebimbangan.

“Kalau kita campur tangan dengan menarik balik kes mereka yang didakwa, rakyat akan kata kerajaan tidak hormati undang-undang dan badan kehakiman tidak bebas, maka jangan sampai konsep itu ternoda,” katanya kepada Bernama ketika ditemui.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel jemputan bersama Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Rais Hussin dalam program ‘BERNAMA 7.45’, terbitan Bernama TV, yang bertajuk ‘Hala tuju dan Cabaran Perdana Menteri ke-8’ di sini malam ini.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya wujud tuduhan-tuduhan yang bermotifkan politik yang menyaksikan pemimpin diheret ke mahkamah tanpa bukti dan asbab kukuh, maka ia perlu dihentikan.

Annuar berkata, dalam masa sama, terpulang kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada mahu melantik mereka bagi melengkapkan barisan Kabinet mengikut pertimbangan dan kewajaran beliau.

“Kalau lantik atau tidak lantik, jangan hukum kerana seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan. Maka saya yakin Perdana Menteri akan menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman politik beliau dalam memilih barisan Kabinetnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada tempat di kerajaan Muafakat Nasional untuk mereka yang rasis dan mahu menjadi hero kepada hanya satu bangsa tertentu sahaja.

“Meskipun gagasan ini didominasi orang Melayu, namun kita tidak seharusnya melihat kebajikan satu kaum sahaja. Kabinet hanya untuk mereka yang menghargai kemajmukan dan sama-sama mainkan peranan.

“Saya pasti Perdana Menteri akan membariskan wakil rakyat pelbagai kaum di dalam Kabinetnya. Insya-ALLAH, Muhyiddin tidak akan memilih orang yang mendukung sikap rasis atau cauvinis,” katanya.

Tags: Annuar Musakes mahkamahmuafakat nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin Terima Panggilan Ucapan Tahniah Hsien Loong, Jokowi

Next Post

Kakitangan Khazanah Positif COVID-19

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Next Post

Kakitangan Khazanah Positif COVID-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd