• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

oleh AK-47
09/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa kerana mengaitkannya dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyatakan akan turut menuntut ganti rugi daripada daripada bekas Ahli Parlimen Ketereh itu kerana terus melemparkan kenyataan sedemikian.

“Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk tidak menerima permohonan maaf Annuar dan menuntut ganti rugi kerana memfitnah saya.

“Semalam, saya menyatakan, perkara pertama Annuar lakukan sebaik menyertai Pas ialah mencontohi Presiden Pas (Tan Sri Abdul) Hadi Awang untuk membuat dakwaan liar, tidak masuk akal dan tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan di blog beliau hari ini.

Beliau berkata, dakwaan terbaru Annuar bahawa DAP bertentangan dengan nilai-nilai Islam juga satu lagi contoh pembohongan, kepalsuan, berita palsu dan ucapan kebencian yang disebarkan Pas.

Katanya, dakwaan sedemikian dikeluarkan ketika hampirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Terdahulu, Annuar mencabar Kit Siang mempercepatkan tindakan undang-undang terhadapnya susulan kenyataannya yang mengaitkan pemimpin itu dengan tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, dia tidak gentar dan mempunyai banyak bahan untuk dikemukakan sekiranya disaman.

Dalam pada itu, Kit Siang berkata, sejak menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1969, DAP sudah meletakkan calon yang mewakili semua kaum dan agama.

“Pada 1969, dua calon Melayu Islam sudah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang daripada mereka, Ibrahim Singgeh, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tapah Road di Perak dengan 3,319 undi berbanding Parti Perikatan 2,986 undi dan PAS 753 undi.

“(Ibrahim juga) diumumkan sebagai calon Menteri Besar Perak oleh DAP pada PRU 1974,” katanya.

Ketika ini kata beliau, DAP juga mempunyai tiga Ahli Parlimen Melayu dan Islam selain beberapa Adun dan wakil rakyat wanita di pelbagai negeri.

-Harian Metro

Tags: Annuar MusaLim Kit Siangsamantuntut ganti rugi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Insiden KLIA: SPRM Masih Kesan Ejen

Next Post

Ibu Campak Bayi 6 Minggu Dari Tingkat 4 Ketika Kebakaran

Related Posts

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

23/12/2024
0

SINGAPURA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman syarikat penyedia perkhidmatan korporat, Amicorp Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Toine Knipping membabitkan...

Next Post
Ibu Campak Bayi 6 Minggu Dari Tingkat 4 Ketika Kebakaran

Ibu Campak Bayi 6 Minggu Dari Tingkat 4 Ketika Kebakaran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd