Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kawasan Parkir Berhampiran HSA...

JOHOR BAHRU - Kawasan parkir berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dinaiki...

5 Lagi Disiasat Kes...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah...

NADMA Siap Sedia Bawa...

KUANTAN - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah bersiap sedia untuk membawa pulang...

Laporan: Pendapatan isi Rumah...

KUALA LUMPUR - Pendapatan isi rumah Malaysia pada tahun ini menunjukkan corak yang...

Muhyiddin Terima Panggilan Ucapan Tahniah Hsien Loong, Jokowi

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali Jokowi, bersempena pelantikan beliau sebagai perdana menteri.

Ucapan itu disampaikan menerusi panggilan telefon masing-masing dari Singapura pada 2.54 petang dan dari Jakarta pada 8.06 malam.

Dalam perbualan selama hampir enam minit bersama Lee, perdana menteri menyatakan hubungan dua hala Malaysia dan Singapura yang terjalin baik selama ini akan terus diperkukuhkan.

“Hubungan dengan Singapura sentiasa terjalin baik dan kini sudah tentu tugas besar  saya adalah untuk perkukuhkannya lagi,” katanya dalam perbualan itu.

Sambil mengucapkan selamat maju jaya, perdana menteri Singapura itu menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan Muhyiddin memimpin negara atas dasar pengalamannya yang luas dalam arena politik dan pentadbiran negara.

Sementara itu, dalam perbualan telefon kira-kira tiga minit antara Jokowi dan Muhyiddin, presiden itu memberi jaminan sentiasa bersedia untuk bekerjasama di bawah pemerintahan Muhyiddin.

“Atas nama bangsa Indonesia saya ingin mengucapkan selamat atas lantikan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri kedelapan.


“Pemerintah Indonesia siap (sedia) bekerjasama dengan pemerintahan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin untuk memperkuat hubungan bilateral antara Malaysia dan Indonesia yang sudah terjalin baik selama ini,” kata Jokowi kepada Muhyiddin. 

Menerusi perbualan telefon yang disaksikan oleh Bernama dan RTM itu, Muhyiddin antara lain berkata beliau akan terus memperkukuh hubungan baik dua negara itu.

“Saya sebagai perdana menteri Malaysia yang baru bukan setakat meneruskan, bahkan mengukuhkan lagi (hubungan).

“Ini hubungan yang amat istimewa kerana kita selalu disebutkan serumpun bangsa dan kami amat menghargai segala usaha yang telah bapak lakukan malahan kagum dengan kejayaan bapak sejak memimpin yang terbaru ini (Kabinet baharu Indonesia),” katanya.

Kedua-dua pemimpin itu turut mengundang Muhyiddin untuk berkunjung ke negara masing-masing.

Kategori