Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Terengganu Nafi Bas ‘Ampicoach’...

KUALA TERENGGANU - Sebuah bas jenis 'Amphicoach' yang dibeli Kerajaan Negeri Terengganu bagi...

Rakyat Perlis Perlu Ubah...

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mahu rakyat Perlis mengubah minda...

Aaron Aziz Tampil Aksi...

KUALA LUMPUR - Selepas penampilan sulung Datuk Rosyam Nor dalam produksi filem Tamil antarabangsa, Kabali, seorang lagi aktor Malaysia...

NEKMAT Harap Elaun Sara...

KUALA LUMPUR - Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) yakin kerajaan akan meneruskan Elaun Sara...

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi menyelesaikan kes membabitkan dadah di mahkamah pada 2018.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Amran Peaid, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, dia didakwa menipu lelaki 49 tahun dengan mengaku kononnya akan menggunakan khidmat peguam yang dapat menyelesaikan pertuduhan mahkamah membabitkan kes dadah seorang lelaki lain berumur 50 tahun.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendorong lelaki berkenaan memindahkan wang berjumlah RM3,000 dan RM5,000 ke dalam akaun bank seorang wanita iaitu pihak ketiga.

Lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Bank CIMB cawangan Prima Tanjung, Jalan Fettes, Georgetown pada 20 dan 30 September 2018.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rehab Abdul Shukur ketika prosiding menawarkan ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh.

Peguam tertuduh, K Mahendran merayu mahkamah memberi jaminan minimum memandangkan tertuduh kini tidak bekerja selain menghidap penyakit jantung, kencing manis selain mempunyai tanggungan isteri dan seorang anak berusia tujuh tahun.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan beserta syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori