• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Institusi Perbankan Perlu Main Peranan Bina Semula Negara

oleh
25/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institusi perbankan dan kewangan harus memainkan peranan bersama dalam membina semula negara yang terjejas akibat COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata usaha untuk merealisasikan matlamat ini tidak seharusnya disandarkan ke bahu kerajaan semata-mata.

Katanya, kewangan sosial Islam amat relevan dalam menangani cabaran  semasa dan memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Perbankan Islam mempunyai potensi yang besar untuk memanfaatkan instrumen kewangan sosial Islam seperti zakat, wakaf dan sedekah. 

“Instrumen-instrumen ini tidak seharusnya terhad kepada penyediaan keperluan asas dan sara hidup golongan yang memerlukan atau untuk tujuan keagamaan seperti pembinaan masjid dan madrasah sahaja,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada pelancaran Pembiayaan Mikro BangKIT oleh Bank Islam Malaysia Bhd, di sini hari ini.

Mustapa berkata, instrumen-instrumen ini boleh dikembangkan untuk membangunkan golongan asnaf dan masyarakat yang terkesan teruk ekoran keadaan ekonomi yang  tidak menentu bagi membolehkan mereka berdikari dan lebih berkemampuan dalam jangka panjang. 

Tambahnya, pengenalan program kewangan sosial di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pembiayaan Mikro iTEKAD, adalah contoh program khusus untuk membantu dan menyokong usahawan mikro B40 dan asnaf yang pendapatannya terjejas ekoran pandemik COVID-19.

“COVID-19 telah mengubah kehidupan kita semua. Kesannya amat besar kepada semua pihak terutamanya perusahaan mikro dan kecil. 

“Namun kita tidak boleh mengalah. Kita harus terus berusaha dan kreatif bagi memastikan ekonomi dapat digerakkan. Ini kerana vaksin untuk mencegah penyebaran pandemik ini masih jauh untuk tiba di sini,” katanya. 

Selain itu, Mustapa berkata kerajaan akan terus berusaha menangani cabaran ini dengan mengimbangi keperluan untuk menjaga nyawa dan kelangsungan ekonomi. 

“Pakej rangsangan ekonomi, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin telah meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk kembali pulih seperti sebelum pandemik ini melanda. 

“Malah untuk rancangan jangka panjang, Belanjawan 2021 yang terbesar dalam sejarah juga telah menyediakan asas yang kukuh untuk Rancangan Malaysia Ke-12,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Covid-19institusi perbankanMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

18 Lelaki Direman Kes Tembak Anggota PGA

Next Post

Agihan Vaksin COVID-19 Tak Babitkan Kanak-Kanak

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Agihan Vaksin COVID-19 Tak Babitkan Kanak-Kanak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd