• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

oleh AK-47
12/06/2025
dalam Terkini
0
Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan wabak itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan meskipun terdapat peningkatan kes Covid-19 dalam komuniti sejak kebelakangan ini, purata kes mingguan masih kekal di bawah paras amaran kebangsaan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Situasi ini selaras dengan peralihan fasa hidup bersama Covid-19. Jangkitan juga dapat dikawal sekiranya tahap imunisasi dalam tubuh berada pada tahap optimum,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, golongan berisiko tinggi digalakkan mendapatkan suntikan dos tambahan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan, komplikasi serius dan kematian akibat wabak berkenaan.

Pemberian vaksin Covid-19 turut digalakkan kepada individu berisiko tinggi, termasuk mereka yang belum menerima vaksin sebelum ini; individu berumur 18 tahun dan ke atas; individu berumur 12 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi atau masalah sistem imun (immunocompromised); ibu mengandung serta anggota kesihatan.

Vaksin Covid-19 diberikan secara sukarela dan percuma di klinik kesihatan kerajaan terpilih di seluruh negara dan individu yang layak boleh membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

-Harian Metro

Tags: Covid-19Subvarian JN.1
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Next Post

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post
Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd