Tuesday, November 5, 2024

Creating liberating content

Tukang Cat Dipenjara, Curi...

KUALA LUMPUR — Seorang tukang cat yang mencuri beg seorang pesakit yang sedang...

6 Rumah Kedai, Sebuah...

MELAKA – Enam buah rumah kedai dan sebuah stor di Kampung Jawa, Panchor,...

Bukankah Tiada Lagi Bayaran...

NAIB Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan...

Pemilihan PKR N.Sembilan Sabtu...

SEREMBAN - Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Negeri Sembilan Sabtu lepas berjalan...

18 Lelaki Direman Kes Tembak Anggota PGA

KANGAR – Seramai 18 lelaki termasuk warga Thailand yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand semalam direman bermula hari ini.

Tiga warga Thailand direman selama tujuh hari sehingga 1 Disember manakala 15 warga tempatan pula direman selama empat hari sehingga 28 November.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Kesemua mereka berumur antara 19 hingga 37 tahun itu dikawal oleh polis dibawa ke bilik reman dalam keadaan bergari kira-kira jam 8.50 pagi.

Dalam insiden awal pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala rakannya Koperal Norihan A/L Tari, 39, cedera parah apabila berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad ketika dihubungi berkata, tangkapan kesemua 18 individu itu dilakukan di Perlis semalam membabitkan dua siri tangkapan.

“Tangkapan pertama dilakukan pada jam 7 pagi manakala tangkapan kedua pada 9.30 pagi,” katanya.

Mendiang Baharuddin, daripada suku kaum Semelai meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Norihan menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. – BERNAMA

Kategori