• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar, Mahathir Setuju Tiada Pertukaran Jawatan TPM

oleh
21/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju supaya tidak dibuat pertukaran kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam satu hantaran menerusi akaun Facebooknya pada jam 8.40 malam tadi, Anwar turut berkata, rombakan Kabinet juga tidak diperlukan.

“Dalam pertemuan itu saya menyatakan persetujuan terhadap pendirian beliau untuk memberi tumpuan kepada program pembangunan negara dan tidak memerlukan pertukaran Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan singkat bersama Dr. Mahathir sebelum Perdana Menteri berlepas ke Bangkok, Thailand untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 dan Sidang Kemuncak yang berkaitan dari 20 sehingga 23 Jun ini.

Dipercayai kenyataan itu dibuat selepas timbul khabar angin sejak beberapa hari lalu berhubung rombakan Kabinet yang kononnya akan dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, Anwar berkata, mereka berdua turut membincangkan isu video intim mirip seorang Menteri Kabinet dengan bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin iaitu Haziq Abdullah Abdul Aziz.

“Saya mengulangi pendirian bahawa PKR menolak budaya politik jijik dan keji serta turut melahirkan rasa simpati terhadap Datuk Seri Azmin Ali dan keluarganya,” ujar beliau.

Mengulas lanjut tentang isu berkenaan, Anwar menegaskan adalah tidak wajar untuk memfitnah pihaknya menyebarkan video itu tanpa sebarang asas kerana wujud unsur politik berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, mereka berdua turut menyentuh beberapa isu semasa yang lain dalam pertemuan tersebut.

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadTimbalan Perdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sesak Nafas: Simptom Seakan Seperti Sungai Kim Kim

Next Post

MB Nasihat Jangan Panik Kes Pelajar Muntah, Sesak Nafas

Related Posts

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR - ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana...

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Datuk Seri...

Next Post

MB Nasihat Jangan Panik Kes Pelajar Muntah, Sesak Nafas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd