• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Nasihat Jangan Panik Kes Pelajar Muntah, Sesak Nafas

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal menasihatkan warga Pasir Gudang agar tidak panik dan hanya mendengar maklumat yang sahih dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan Pegawai Daerah Johor Bahru selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bersama-sama jabatan yang berkaitan untuk menyiasat punca kejadian ini dan memastikan mereka yang terkesan akibat insiden ini mendapatkan rawatan segera.

“Keadaan di Sekolah Agama (SA) Taman Mawar Pasir Gudang adalah terkawal dan belum ada keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara di sana,” katanya dalam satu kenyataan.

Sahruddin berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Johor Bahru bahawa semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menerima Iaporan kecemasan daripada orang awam pada jam 3.39 petang (semalam).

“Bertindak atas laporan, pasukan unit bahan berbahaya (Hazmat) telah tiba di lokasi pada jam 3.43 petang (semalam) untuk membuat siasatan punca gejala muntah-muntah tersebut.

“Punca insiden masih belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan keracunan gas atau keracunan makanan,” katanya.

Dalam kejadian tersebut dilaporkan seramai 14 mangsa yang terdiri daripada 12 pelajar dan dua orang dewasa telah mendapatkan rawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Tags: muntahpasir gudangpelajarsekolah agamasesak nafas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd