• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited memperkukuh kesepaduan dan memetakan arah rantau itu menuju 2045.

Beliau berkata, ASEAN tidak lahir daripada suasana yang mudah, tetapi terbentuk daripada kerumitan dan semangat dialog yang mesti terus dipelihara.

“Di tengah pergolakan geopolitik global, dari Gaza, Ukraine, Myanmar hingga Timur Tengah, kita tidak boleh tunduk pada retorik kuasa atau prinsip yang hanya ditegakkan apabila ia cocok dengan keadaan semasa,” kata beliau menerusi hantaran Facebook pada Rabu.

Perdana Menteri berkata, kekuatan dalaman ASEAN perlu diperkasakan dengan meningkatkan perdagangan antara satu dengan yang lain, pelaburan rentas sempadan dan menyegerakan integrasi ekonomi serantau.

“Ia bukan pilihan, tetapi keperluan strategik demi ketahanan yang lebih tegap,” kata Anwar.

Sehubungan dengan itu, Anwar menegaskan bahawa ASEAN tidak akan membiarkan keputusannya ditentukan oleh kuasa luar, sebaliknya menjadi rantau yang berani menentukan nasibnya sendiri dengan satu suara, keberanian dan tekad yang jitu.

“Ini iltizam Malaysia. Ini suara ASEAN,” kata beliau.

SinarHarian-

Tags: Anwar IbrahimASEAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd