• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

oleh Mohd Arshad
23/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat, khususnya membabitkan aspek kediaman golongan B40.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, antara perancangan termasuk pembinaan sebuah PPR baharu di Larkin bagi menampung permintaan selain melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pemasangan lif dan mengecat semula PPR.

“Kerajaan negeri berterima kasih kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican atas peruntukan RM13 juta bagi menyelenggara PPR, pemasangan lapan lif baharu di PPR Kempas Permai dengan kos RM10.3 juta serta RM2.4 juta bagi mengecat PPR tersebut.

“Pada masa sama, Johor mempunyai 13 PPR serta tujuh Rumah Sewa Kerajaan (RSK) dan telah memohon peruntukan yang lebih bagi menyelenggara dan mengecat semula bangunan-bangunan tersebut,” katanya selepas berjumpa Reezal Merican di Putrajaya.

Onn Hafiz berkata, penyediaan rumah mampu milik akan diseragamkan dengan penubuhan semula Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri serta dianggotai oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Majlis ini akan mengambil maklum stok rumah tersedia; mengadakan indeks mampu milik negara; menyediakan pembiayaan kepada pembeli serta memastikan pembinaan rumah berkualiti yang berdaya huni.

“Kami turut menyentuh tentang pengurusan sisa pepejal di negeri Johor yang melibatkan khidmat SWM dan SWCorp, serta cadangan Eco Waste oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bagi mengurangkan lagi buangan sampah dan menggalakkan kitar semula.

“Semoga segala permohonan dan perancangan di peringkat negeri dan persekutuan bagi menyediakan perumahan serta perkhidmatan kepada rakyat Johor akan dapat dilaksanakan bagi menjamin kesejahteraan kehidupan rakyat negeri ini pada masa akan datang,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: BinaJohornaik tarafPPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Syed Saddiq Dapatkan Salinan Percakapan Saksi

Next Post

Najib Mahu Ketua Hakim Negara Tarik Diri

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Next Post
Najib Mahu Ketua Hakim Negara Tarik Diri

Najib Mahu Ketua Hakim Negara Tarik Diri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd