• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat “Suara Hati Guru Kafa” Dibalas Surat Pemecatan

oleh AK-47
24/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURU Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Ekhsan Bukharee Badrul Hisyam, 24, yang dipecat kerana memperjuangkan kenaikan elaun guru Kafa, menyelar tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat itu, yang disifatkan hanya pandai berpolitik tanpa mengambil tahu penderitaan rakyat.

“Mereka sibuk meninjau lori sampah tapi masalah yang dihadapi guru Kafa langsung tidak dipeduli.

“Ini soal integriti, tunaskan manifesto yang sudah dijanjikan. Jangan pandai berpolitik sahaja,” ujar Ekhsan yang menganjurkan pertemuan dengan pihak media di pintu pagar Bangunan SUK Negeri Selangor, Shah Alam pagi tadi.

8 April lalu Ekhsan menimbulkan kekecohan apabila bertindak menyerahkan surat “Suara Hati Guru Kafa” kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan para exco di pintu masuk lobi, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berlangsung.

Surat tersebut diserahkan bagi menuntut janji kerajaan negeri berhubung kenaikan elaun guru Kafa daripada RM1,300 kepada RM1,500 selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Selepas insiden tersebut Ekhsan mendakwa dia mula diberikan tekanan demi tekanan bermula dengan surat tunjuk sebab daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seterusnya diminta menghadiri prosiding siasatan pada 24 April.

Kemuncak tekanan diterimanya adalah arahan pemecatan kerja Ekhsan berkuatkuasa 1 Jun ini yang dimaklumkan menerusi lisan oleh pegawai Jais beserta sepucuk surat yang diterima pada 20 Mei.

“Adakah bersuara untuk membela guru-guru yang susah dan mendedahkan ketidakadilan terhadap para pendidik itu satu jenayah?

“Bagi saya penjenayah sebenar ialah pemimpin yang bersikap berdiam diri tanpa mengetahui penderitaan rakyat di bawahnya,” kata Ekhsan.

DSC04299

Bagaimanapun menurut Ekhsan, dia tidak berasa sedih dan kecewa kerana sudah dapat menjangka bakal dipecat dan dia rela berkorban demi meneruskan perjuangan guru-guru Kafa yang lain.

Ekhsan yang mempunyai Diploma Pendidikan Islam mendedahkan, para guru Kafa hanya menerima gaji bersih RM1,212 tanpa sebarang elaun lain seperti elaun makanan dan elaun perubatan.

Guru Kafa Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar, Klang itu mengakui akan membuat rayuan jika diberi peluang namun bertegas tidak mahu mengaku salah terhadap perjuangannya itu.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK 

https://www.youtube.com/watch?v=nxa-F-ubq0I&feature=youtu.be

Tags: Guru KafaJAWIpakatan rakyatselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd