• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Nikmatilah Hari-Hari Terakhir Sebagai Kerajaan Di Selangor, Putrajaya’ – Ahmad Fadhli

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Nikmatilah Hari-Hari Terakhir Sebagai Kerajaan Di Selangor, Putrajaya’ – Ahmad Fadhli
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menasihatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menikmati hari-hari terakhir sebagai sebahagian daripada kerajaan di Selangor dan Putrajaya.

Menurutnya, peluang yang masih berbaki perlu dimanfaatkan untuk menabur bakti kepada rakyat agar sekurang-kurangnya terdapat jasa yang boleh dikenang sekiranya tidak lagi berada dalam kerajaan.

“Nasihat saya, nikmatilah hari-hari terakhir sebagai kerajaan di Selangor dan di Putrajaya.

“Gunakanlah kesempatan yang masih berbaki untuk menabur bakti kepada rakyat supaya apabila suatu hari nanti terkeluar daripada kerajaan, sekurang-kurangnya ada jasa yang boleh dikenang,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Ahmad Fadhli turut memberikan gambaran keras mengenai nasib politik yang mungkin menimpa pihak berkenaan sekiranya gagal meninggalkan sumbangan bermakna kepada rakyat.

“Malangnya, kalau jasa pun tidak seberapa, rakyat pula ditekan dan ditindas di sana sini, akhirnya nasib politik mungkin tidak ubah seperti kain buruk pelapik kaki yang basah di hadapan tandas.

“Dipijak ketika diperlukan, kemudian dilupakan tanpa sesiapa pun berasa kehilangan. Jangan sampai hanya itulah warisan yang ditinggalkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan pendirian Amanah yang menurutnya dahulu ditubuhkan atas alasan tidak bersetuju dengan kerjasama PAS dan UMNO, namun kini kedua-dua parti berkenaan berkongsi kuasa dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kalau itu tidak dinamakan politik Machiavelli, apa lagi namanya?” soalnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerjasama Amanah dengan UMNO dianggap kebijaksanaan politik, sedangkan pendekatan PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi pilihan raya dilabel sebagai politik Machiavelli.

Menurutnya, perbezaan layanan itu menimbulkan persoalan mengenai prinsip yang digunakan untuk menilai kerjasama politik antara parti. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari

Tags: Ahmad FadhliHari-Hari TerakhirNikmatilahPutrajayaSebagai Kerajaanselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah ‘Menteri Kewangan Terbaik Asia’ Boleh Ditipu Dengan Mudah? – Ahmad Fadhli

Adakah ‘Menteri Kewangan Terbaik Asia’ Boleh Ditipu Dengan Mudah? – Ahmad Fadhli

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada seorang pemimpin yang pernah dicanangkan sebagai ‘Menteri...

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd