• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru KAFA Mengeluh Elaun Rendah, Boleh Buat Kerja Lain Tambah Pendapatan – Fauwaz Fadzil

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Guru KAFA Mengeluh Elaun Rendah, Boleh Buat Kerja Lain Tambah Pendapatan – Fauwaz Fadzil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mengeluh elaun rendah boleh melakukan pekerjaan lain bagi menambahkan pendapatan.

Beliau berkata, bayaran yang diterima guru KAFA bersifat elaun dan merupakan bantuan kerajaan untuk membantu mereka melengkapkan kehidupan, bukannya gaji bagi pekerjaan tetap.

“Saya melihat sebahagian guru agama tidak berpuas hati dengan ganjaran KAFA yang dikatakan rendah. Sebenarnya pemberian kepada guru KAFA adalah bersifat elaun dan untuk membantu guru-guru KAFA melengkapkan kehidupan mereka.

“Guru KAFA sangat istimewa, mereka boleh banyak melakukan kerja kerana tidak terikat sebagai staf tetap. Mereka boleh menjadi imam, bilal, mengajar al-Quran dan banyak lagi kerja untuk menambahkan pendapatan mereka,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut Ahmad Fauwaz, kefahaman mengenai kedudukan sebenar elaun KAFA penting supaya guru terbabit tidak menganggap bayaran yang diterima sebagai satu bentuk kezaliman.

Beliau turut berkongsi pengalaman pernah berkhidmat sebagai guru takmir yang disifatkan mempunyai tugas hampir sama dengan guru KAFA.

“Saya juga dahulu guru takmir yang hampir sama tugasnya dengan guru KAFA. Saya faham ia adalah bantuan kerajaan untuk menambahkan pendapatan kita, bukan ia satu pekerjaan tetap.

“Kita boleh mengharapkan elaun yang tinggi namun kita tidak boleh terasa teraniaya kerana kadang-kadang masjid pun bagi tambahan duit ketika mengajar.

“Begitu saya nasihatkan sebahagian guru-guru kafa yang ada lebih daripad 5 k agar memahami realiti dan keadaan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Fauwaz Fadzil

 

Tags: BolehBuatElaun RendahFauwaz FadzilGuru KafaKerja LainmengeluhTambah Pendapatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Boleh Jalani Tahanan Rumah Bersama Keluarga Di Langgak Duta

Najib Boleh Jalani Tahanan Rumah Bersama Keluarga Di Langgak Duta

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menghabiskan baki hukuman penjara bagi kes SRC International bersama...

Ketua Pengarah AKPS Buat Laporan Polis Susulan Video Tular Insiden Di KLIA

Ketua Pengarah AKPS Buat Laporan Polis Susulan Video Tular Insiden Di KLIA

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain membuat laporan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd