• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Songkhla Sambut 5,000 Pelancong Malaysia

oleh Mohd Arshad
03/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Songkhla Sambut 5,000 Pelancong Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Bandar Songkhla di selatan Thailand menerima kira-kira 5,000 pelancong dari Malaysia yang memandu merentas sempadan selepas syarat Pas Thailand dimansuhkan kelmarin, lapor laman berita Thaiger.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebelum pas tersebut dimansuhkan, bilangan rakyat Malaysia yang menyeberang masuk di lintasan sempadan Sadao setiap hari adalah sekitar 1,000 hingga 1,500 orang sahaja.

Presiden Persatuan Hotel Hat Yai Songkhla, Sitthiphong Sitthiphatprapha berkata, pihaknya menyasarkan angka itu akan mencecah 150,000 pelancong Malaysia pada bulan ini.

Menurutnya, pelancong Malaysia teruja untuk merasai keenakan makanan tempatan Songkhla serta melancong ke lokasi-lokasi menarik.

“Kami yakin Songkhla akan menerima lebih ramai pelancong pada minggu-minggu akan datang.

“Selain itu, kami juga yakin tidak akan ada masalah utama melibatkan pelancong Malaysia dan Singapura yang ingin kembali kerana tiada lagi Pas Thailand diperlukan,” katanya.

Baru-baru ini, pegawai pelancongan Thailand menyatakan bahawa pelancong Malaysia dijangka mengambil alih tempat pelancong India sebagai pengunjung paling ramai di negara itu.

Setakat ini, rakyat India merupakan kumpulan pelancong paling ramai di Thailand dengan 100,884 orang telah tiba di negara itu antara 1 Januari hingga 24 Mei lalu.

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand berkata, seramai 78,523 pelancong dari Malaysia telah memasuki negara itu dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Kebanyakan mereka bagaimanapun ialah peniaga dan bukannya pelancong.

Kosmo-

Tags: MalaysiaPelancongThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd