NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon merayu kerajaan Indonesia supaya tidak menjatuhkan hukuman mati ke atas 10 banduan termasuk dua warga Australia yang terlibat dalam jenayah berkaitan dadah.
Setakat ini, Indonesia telah memaklumkan tujuh daripada 10 banduan termasuk dua warga Australia dan Nigeria akan menjalani hukuman mati dalam masa beberapa hari atau paling cepat esok.
Hukuman mati itu juga melibatkan warga Brazil, Ghana dan Filipina.
Dalam pada itu, satu penangguhan sementara telah diberikan kepada warga Perancis yang tidak akan berada dalam pusingan hukuman mati seterusnya.
“PBB menentang hukuman mati dalam semua keadaan,†kata Ki-moon dalam satu kenyataan sambil mendesak Presiden Indonesia, Joko Widodo supaya segera mempertimbangkan untuk mengisytiharkan satu larangan mengenai hukuman mati di Indonesia.
Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap jenayah dadah. Hukuman mati telah disambung semula pada tahun 2013 selepas lima tahun tidak menjalankan hukuman itu.
Setakat ini, enam hukuman mati telah dilaksanakan tahun ini.
“Di bawah undang-undang antarabangsa, hukuman mati hanya boleh dikenakan ke atas jenayah paling serius iaitu yang melibatkan pembunuhan secara sengaja dengan langkah perlindungan yang sesuai.
“Kesalahan dadah tidak dianggap sebagai kategori ‘jenayah yang paling serius,†kata Ki-moon lagi. – Reuters
https://www.youtube.com/watch?v=Q00BkhnNQe0

