• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Rayu Indonesia Tidak Laksana Hukuman Mati

oleh Ahmad Albab
27/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon merayu kerajaan Indonesia supaya tidak menjatuhkan hukuman mati ke atas 10 banduan termasuk dua warga Australia yang terlibat dalam jenayah berkaitan dadah.

Setakat ini, Indonesia telah memaklumkan tujuh daripada 10 banduan termasuk dua warga Australia dan Nigeria akan menjalani hukuman mati dalam masa beberapa hari atau paling cepat esok.

Hukuman mati itu juga melibatkan warga Brazil, Ghana dan Filipina.

Dalam pada itu, satu penangguhan sementara telah diberikan kepada warga Perancis yang tidak akan berada dalam pusingan hukuman mati seterusnya.

“PBB menentang hukuman mati dalam semua keadaan,” kata Ki-moon dalam satu kenyataan sambil mendesak Presiden Indonesia, Joko Widodo supaya segera mempertimbangkan untuk mengisytiharkan satu larangan mengenai hukuman mati di Indonesia.

Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap jenayah dadah. Hukuman mati telah disambung semula pada tahun 2013 selepas lima tahun tidak menjalankan hukuman itu.

Setakat ini, enam hukuman mati telah dilaksanakan tahun ini.

“Di bawah undang-undang antarabangsa, hukuman mati hanya boleh dikenakan ke atas jenayah paling serius iaitu yang melibatkan pembunuhan secara sengaja dengan langkah perlindungan yang sesuai.

“Kesalahan dadah tidak dianggap sebagai kategori ‘jenayah yang paling serius,” kata Ki-moon lagi. – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=Q00BkhnNQe0

Tags: IndonesiaPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd