• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?
Share on FacebookShare on Twitter

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka.

Kali ini keadaan lebih serius sehingga menyaksikan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak.

Persoalannya, sampai bila Malaysia perlu melalui episod yang sama disebabkan kegagalan negara lain?

Bukan lagi rahsia dari mana datangnya sebahagian masalah jerebu rentas sempadan ini.

Laporan media pada 23 Ogos lalu menyebut jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia mula menjejaskan Malaysia.

Ia apabila asap dibawa merentasi sempadan mengikut perubahan arah angin.

Data pihak berkuasa Indonesia menunjukkan lebih 32,000 hektar tanah terbakar sehingga Februari, dengan Sumatera dan Kalimantan antara kawasan paling terjejas.

Angin memang tidak boleh dikawal, tetapi api boleh dicegah. Pembakaran terbuka boleh dikuatkuasakan.

Mereka yang sengaja membakar tanah boleh dikenakan tindakan. Ini tidak saban tahun ladang dan tanah masih dibakar.

Isu ini bukannya baharu. Mesyuarat ASEAN mengenai jerebu rentas sempadan sudah bertahun-tahun diadakan.

Menteri bertemu menteri, kenyataan bersama dikeluarkan, kerjasama dipertingkat dan komitmen diperbaharui.

Tetapi apabila musim kering tiba, titik panas muncul lagi, hutan dan tanah terbakar lagi, asap menyeberangi sempadan lagi.

Sampai bila ASEAN mahu mengulang mesyuarat jika hasil masih begitu juga?

Apapun jerebu sedang menjejaskan kesihatan, persekolahan, ekonomi dan kehidupan seharian rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB

Tags: ASEANBerulangIndonesiaJerebuLadangMesyuaratPembakaranSampai Bila
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd