• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

oleh Mynewshub
10/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) ketika Mesyuarat Ke-27 Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution (MSC) di Bali, Indonesia pada 9 Julai lalu.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, cadangan itu mendapat persetujuan negara-negara anggota untuk diteroka dan dinilai kebolehlaksanaannya melalui mekanisme sedia ada atau platform baharu yang bersesuaian.

“Malaysia telah membentangkan cadangan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan AATHP. Mesyuarat bersetuju untuk meneroka dan menilai kebolehlaksanaan Diplomasi Sains dalam kerangka AATHP serta meneliti usaha memperkukuh ASEAN Haze Fund dengan memperluaskan sumber sumbangan dan skop penggunaannya bagi menyokong penyelidikan saintifik dan inisiatif Diplomasi Sains secara telus serta berakauntabiliti,” katanya dalam satu kenyataan media.

Arthur mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dipengerusikan Menteri Lingkungan Hidup Indonesia selaku negara tuan rumah dan dihadiri menteri alam sekitar serta pegawai kanan dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN. Malaysia turut berperanan sebagai Timbalan Pengerusi mesyuarat.

Menurut beliau, semua negara anggota MSC menzahirkan komitmen untuk melaksanakan AATHP secara berkesan dan mengalu-alukan usaha Indonesia menubuhkan serta mengoperasikan ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC).

Mesyuarat turut mengalu-alukan perkembangan ASEAN Investment Framework for Haze-Free Sustainable Land Management (AIF-HFSLM) sebagai pelengkap kepada pelaksanaan Second ASEAN Haze-Free Roadmap 2023–2030 dan Second ASEAN Peatland Management Strategy (APMS) 2023–2030.

“Kerjasama dengan Rakan Dialog ASEAN juga terus digalakkan bagi menyokong pengurusan hutan, tanah gambut dan pertanian lestari ke arah merealisasikan ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2030,” katanya.

Sementara itu, ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) memaklumkan jumlah titik panas di selatan rantau ASEAN bagi separuh pertama tahun ini meningkat sebanyak 86 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu susulan cuaca lebih panas dan kering pada Januari, Mac dan April.

ASMC turut menjangkakan fenomena El Niño akan berterusan sepanjang separuh kedua 2026 dan menjadi lebih kuat bermula Ogos hingga September, sekali gus meningkatkan risiko cuaca kering berpanjangan, pertambahan titik panas serta kejadian jerebu merentas sempadan.

Arthur berkata, berdasarkan unjuran itu, negara-negara anggota MSC menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh usaha pencegahan, kesiapsiagaan, pemadaman dan tindak balas secara bersepadu selaras dengan Second Haze-Free Roadmap 2023–2030 dan Standard Operating Procedures for Monitoring, Assessment and Joint Emergency Response (SOP MAJER).

Dalam perkembangan sama, beliau berkata usaha Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memperkukuh operasi Southeast Asia Fire Danger Rating System (SEA FDRS) turut mendapat pengiktirafan mesyuarat.

“MET Malaysia telah memasang tiga Automated Auxiliary Weather Stations (AAWS) di kawasan hutan simpan di Semenanjung Malaysia bagi meningkatkan keupayaan pengesanan awal risiko kebakaran hutan dan tanah gambut. Selain itu, model Malaysian Community Multiscale Air Quality Model (MyCMAQ) yang dilancarkan pada Mac 2026 kini digunakan bagi meramal kualiti udara termasuk pencemaran jerebu di Malaysia dan rantau Asia Tenggara,” katanya.

Mesyuarat Ke-21 Committee dan Conference of Parties to AATHP dijadualkan berlangsung di Da Nang, Vietnam pada Oktober depan, manakala Malaysia akan menjadi Pengerusi serta tuan rumah Mesyuarat Ke-28 MSC yang dijangka diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada Jun 2027.

Dalam rangka lawatan itu, Arthur turut mengadakan perbincangan dua hala bersama Menteri Lingkungan Hidup Indonesia bagi membincangkan kerjasama dalam sektor alam sekitar dan perubahan iklim.

“Kedua-dua negara bersetuju untuk terus memperkukuh hubungan kerjasama serta meneruskan usaha pemantauan dan pencegahan pencemaran jerebu merentas sempadan demi kesejahteraan rantau ini,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: AATHPASEANBaliDana Jerebu MampanDatuk Seri Arthur Joseph Kurupdiplomasi sainsIndonesiaMenteri Sumber Asli dan Kelestarian AlamMSC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd