• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Perlu RM126j Untuk Beli Peralatan Pusat Berita Bersepadu

oleh Ahmad Albab
25/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) memerlukan peruntukan RM126 juta bagi melengkapkan Pusat Berita Bersepadu RTM dengan peralatan secukupnya untuk berfungsi sebagai pusat berita.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata biarpun pusat berita itu sudah siap sejak Jun 2012 namun sehingga kini ia tidak digunakan secara optimum kerana RTM kekurangan dana untuk membeli peralatan.

“Maknanya dari segi pembinaan pusat berita ini, hanya bangunan sahaja siap tanpa alat-alat yang perlu untuk menjadikannya sebagai pusat berita.

“Sekarang ini pusat berita ini hanya dijadikan sebagai pejabat sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata dalam mesyuarat itu, PAC menerima penjelasan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abu Bakar Ab Rahim dan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung pengauditan pusat berita itu yang dilakukan Jabatan Audit Negara dari November hingga Disember 2013.

“Jadi di sini kita mendapat penjelasan dan mendapati pembinaan pusat berita ini tidak memuaskan kerana ia tidak mengikut tajuk projek dan tidak menepati objektif tersebut.

“Alasan yang kita terima adalah RTM kekurangan dana dan sekarang ini sedang meminta dana daripada kerajaan untuk membeli peralatan yang membolehkan pusat berita ini berfungsi dengan sebenar-benarnya,” katanya.

Beliau berkata jika pusat berita berkenaan dibiarkan begitu sahaja tanpa fungsi sebenar sebagai pusat berita, ia boleh menyebabkan pembaziran kerana kos untuk membina bangunan pusat berita itu menelan belanja RM90 juta.

Nur Jazlan berkata keluasan kawasan bangunan pusat berita yang terletak di Angkasapuri itu ialah 350,000 kaki persegi dan mempunyai tujuh tingkat keseluruhannya. – BERNAMA

Tags: PACRTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penetapan Kadar Gaji Minimum Baharu, Menanti Kelulusan Kabinet

Next Post

Geli Anak Tekak Tengok Cicak Dalam Air Milo Ini!

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

Next Post

Geli Anak Tekak Tengok Cicak Dalam Air Milo Ini!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd