• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

oleh Mynewshub
26/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH)

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan itu dibuat susulan penemuan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi TH dari 2014 hingga 2020 yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu.

Menurut beliau, PAC menyifatkan pendedahan RCI itu sebagai amat serius dan boleh menghakis kepercayaan umat Islam di negara ini sekiranya tidak ditangani sewajarnya.

Katanya, masih terdapat beberapa persoalan yang terus diperkatakan selepas laporan RCI berkenaan didedahkan dan kemudiannya dibahaskan dalam Sidang Khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos lalu.

“Justeru, PAC berpandangan sebagai sebuah Jawatankuasa Pilihan di bawah Parlimen yang bipartisan, PAC mempunyai bidang kuasa jelas seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Am Bilangan 1 Organisasi-organisasi Kementerian Jabatan Perdana Menteri.

“Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab PAC untuk memulakan prosiding berhubung isu ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, Mas Ermieyati menegaskan prosiding berkenaan bukan bertujuan mengulangi siasatan RCI yang telah dilaksanakan secara menyeluruh.

Sebaliknya, katanya, prosiding PAC akan memberi tumpuan kepada status dan kemajuan sebenar pelaksanaan syor-syor RCI selaras dengan fungsi teras jawatankuasa berkenaan.

Menurut beliau, tajuk, Terma Rujukan (TOR) dan senarai saksi bagi prosiding TH masih belum ditetapkan dan PAC akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan perkara berkenaan.

Mas Ermieyati berkata, PAC mempunyai pengalaman menyiasat pelbagai isu besar dan sensitif termasuk Prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2016 serta Prosiding Tuntutan Tunggakan Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion pada 2019.

Selain itu, PAC turut menjalankan Prosiding Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua – Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2022.

Malah, katanya, prosiding PAC berhubung perolehan LCS dimulakan selepas jawatankuasa itu menerima laporan daripada Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) pada 2019.

Kata beliau, bagi memastikan siasatan prosiding TH dilakukan secara komprehensif, telus dan berakauntabiliti, PAC akan menggunakan beberapa dokumen penting sebagai rujukan.

Dokumen berkenaan termasuk Laporan RCI, Laporan Ketua Audit Negara serta Laporan Audit Firma Audit PwC.

“PAC komited untuk menjalankan siasatan ini secara telus dan adil demi memastikan akauntabiliti berterusan pengurusan wang awam dan mengembalikan keyakinan penuh pendeposit terhadap Lembaga Tabung Haji,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: PACprosidingsiasatanTabung HajiTH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

15/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau akan membongkar tentang amalan menyakau dalam FELDA pula selepas...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd