• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Khas Perlu Tangani Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

oleh Mohd Arshad
07/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: MCA menggesa Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi kes bunuh diri yang sering berlaku di Jambatan Pulau Pinang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jurucakapnya, Saw Yee Fung, berkata mengikut laporan media, sebanyak 15 kes bunuh diri berlaku di jambatan itu dari Januari hingga 24 Mei lalu, yang menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu dan memerlukan campur tangan segera kerajaan negeri.

“Jawatankuasa khas ini perlu membabitkan polis, pemimpin masyarakat dan pakar kesihatan mental, yang bersama-sama memberi pandangan serta penyelesaian kepada fenomena membimbangkan ini.

“Selain itu, kerajaan negeri dicadang memperkukuh pusat kaunseling dan penjagaan kesihatan mental bagi membantu mereka yang memerlukan, selain menubuhkan kiosk pertanyaan kesihatan mental, menyediakan tip kesihatan mental serta menjalankan ujian saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS) dan susulan kepada individu berisiko tinggi.

“Gunakan jaringan tempatan bagi berkongsi tip kesihatan mental yang membantu dan positif serta mendidik masyarakat untuk pengurusan kesihatan mental mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yee Fung berkata, cadangan EXCO Pulau Pinang, Phee Boon Poh untuk memasang jaringan keselamatan, papan tanda motivasi dan meningkatkan kekerapan rondaan polis di Jambatan Pulau Pinang tidak akan menyelesaikan punca sebenar kes bunuh diri berlaku.

“Kes ini mesti ditangani daripada akarnya, bukan apabila seseorang itu sudah melakukan tindakan berkenaan.

“Jika kita tidak cuba menangani isu kesihatan mental dan beban masyarakat, tiada jaringan keselamatan yang boleh menghalang insiden ini daripada berlaku,” katanya.

BHonline-

Tags: Jambatan Pulau Pinangkes bunuh diriMCA
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

20/07/2026
0

SEREMBAN - MCA mengucapkan terima kepada Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook kerana mengingatkan MCA tidak pernah memenangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd