• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi dan pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa rundingan serta persetujuan parti itu.

Susulan tindakan tersebut, wakil MCA bertindak meninggalkan Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN Melaka yang berlangsung malam tadi sebagai tanda bantahan.

Menurut kenyataan MCA hari ini, Setiausaha Eksekutif BN pada 23 Oktober lalu telah mengesahkan kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bahawa majlis pada 24 Oktober hanya melibatkan pelancaran jentera pilihan raya tanpa sebarang pengumuman calon.

Bagaimanapun, wakil MCA yang tiba di lokasi mendapati acara pengumuman calon telah dimasukkan dalam atur cara majlis.

MCA menegaskan pihaknya tidak dapat menerima keputusan BN Melaka yang dibuat tanpa rundingan atau persetujuan parti itu.

Menurutnya, tindakan tersebut menjejaskan tradisi muafakat dan sikap saling menghormati yang sekian lama menjadi asas kerjasama parti-parti komponen BN.

Sehubungan itu, MCA akan terus mempertahankan prinsip, pendirian serta maruah parti, selain mengingatkan semua pemimpin dan parti komponen BN mengenai tanggungjawab memelihara semangat muafakat dalam gabungan tersebut.

Dalam perkembangan sama, kesemua enam bahagian MCA di Melaka sebulat suara menyatakan sokongan terhadap keputusan muktamad kepimpinan pusat parti.

Dua penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) MCA, Datuk Ngwe Hee Sem (Machap Jaya) dan Datuk Wira Lim Ban Hong (Klebang), turut menyatakan pendirian untuk akur kepada keputusan parti serta kekal bersatu mempertahankan kepentingan dan maruah MCA. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial MCA

Tags: BN MelakadakwaKetepikanMCASemangat Muafakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

Syam Ghaz Pertahan Kenaikan Bajet J-KOM, Dakwa ‘Macai’ Dengki Penjawat Awam Naik Gaji

Syam Ghaz Pertahan Kenaikan Bajet J-KOM, Dakwa ‘Macai’ Dengki Penjawat Awam Naik Gaji

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mempertahankan peningkatan peruntukan jabatan itu dalam Belanjawan 2027...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd