• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jokowi Rombak Kabinet Hujung Mac Ini?

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA : Isu rombakan Kabinet Joko Widodo (Jokowi) kembali bertiup kencang selepas tersebar berita yang mendakwa Presiden Indonesia akan mengumumkannya akhir bulan ini.

Lapor Detik.com, Jokowi dijangka memilih tarikh penting pada hari Rabu iaitu 23 Mac depan.

Menurut sumber, tarikh tersebut diyakini akan dipilih sebagai rombakan Kabinet.

Pengerusi Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Achmad Baidowi berkata, dia turut terdengar berita sama, namun tidak pasti mengenai tarikh sebenar rombakan tersebut.

Menurut Awiek pula, rombakan Kabinet merupakan hak prerogatif Presiden.

Katanya, Jokowi mengetahui parameter untuk menilai Kabinetnya sendiri.

“Sudah tentu Jokowi memiliki parameter tertentu dalam menilai Kabinetnya sama ada dalam bidang ekonomi, politik atau undang-undang.

“Hal ini termasuk juga soal anggota Kabinet yang tidak dapat merealisasikan visi dan misi Presiden dalam waktu yang ditentukan, termasuk siapakah bakal pengganti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Parti Amanat Nasional (PAN), Viva Yoga Mauladi berkata, pihaknya langsung tidak mengetahui berita yang mendakwa partinya akan menyertai Kabinet baharu.

Jelasnya, pihaknya tidak mendengar desas-desus mengenai rombakan Kabinet walaupun parti itu sudah bergabung dengan parti pemerintah.

“PAN memang belum menyertai Kabinet dan kita tidak mengetahui langsung berita tersebut,” katanya.

-Utusan Online

Tags: IndonesiaJokowiRombak Kabinet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd