Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

AAM Siasat Nahas Maut...

KUALA LUMPUR - Persatuan Automobil Malaysia (AAM) akan memulakan siasatan ke atas kemalangan...

PAN Harap Pimpinan Baharu...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr Ahmad...

JDT Dapatkan Pemain Import...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) membuat persiapan...

SOP Longgar Pergerakan Diumum...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai kelonggaran pergerakan...

Jokowi Rombak Kabinet Hujung Mac Ini?

JAKARTA : Isu rombakan Kabinet Joko Widodo (Jokowi) kembali bertiup kencang selepas tersebar berita yang mendakwa Presiden Indonesia akan mengumumkannya akhir bulan ini.

Lapor Detik.com, Jokowi dijangka memilih tarikh penting pada hari Rabu iaitu 23 Mac depan.

Menurut sumber, tarikh tersebut diyakini akan dipilih sebagai rombakan Kabinet.

Pengerusi Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Achmad Baidowi berkata, dia turut terdengar berita sama, namun tidak pasti mengenai tarikh sebenar rombakan tersebut.

Menurut Awiek pula, rombakan Kabinet merupakan hak prerogatif Presiden.

Katanya, Jokowi mengetahui parameter untuk menilai Kabinetnya sendiri.

“Sudah tentu Jokowi memiliki parameter tertentu dalam menilai Kabinetnya sama ada dalam bidang ekonomi, politik atau undang-undang.


“Hal ini termasuk juga soal anggota Kabinet yang tidak dapat merealisasikan visi dan misi Presiden dalam waktu yang ditentukan, termasuk siapakah bakal pengganti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Parti Amanat Nasional (PAN), Viva Yoga Mauladi berkata, pihaknya langsung tidak mengetahui berita yang mendakwa partinya akan menyertai Kabinet baharu.

Jelasnya, pihaknya tidak mendengar desas-desus mengenai rombakan Kabinet walaupun parti itu sudah bergabung dengan parti pemerintah.

“PAN memang belum menyertai Kabinet dan kita tidak mengetahui langsung berita tersebut,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori