• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi domestik.

JAKARTA – Kementerian Haji dan Umrah Indonesia menggesa semua agensi Penyelenggara Perjalanan Ibadah Umrah (PPIU) serta jemaah negara itu supaya menghentikan sementara pemilihan penerbangan transit melalui Malaysia dan Singapura ketika menuju ke Tanah Suci.

Wakil Menteri Haji dan Umrah Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak berkata, jemaah disaran mengutamakan penerbangan terus ke Jeddah atau Madinah demi menjamin keselamatan perjalanan selain memperkukuh ekosistem ekonomi penerbangan domestik.

Menurut beliau, langkah itu diputuskan selepas kementeriannya mengadakan pertemuan khas bersama persatuan agensi pelancongan umrah di Jakarta bagi meneliti kesan ekonomi daripada pemilihan laluan transit di negara jiran.

“Kami mengumpulkan persatuan PPIU untuk meminta mereka supaya tidak lagi memilih penerbangan transit seperti ke Malaysia atau Singapura buat masa ini, sebaliknya memilih penerbangan terus yang lebih selamat.

“Berdasarkan data kami, jumlah jemaah umrah Indonesia yang melakukan transit di Malaysia dan Singapura amat besar iaitu mencecah sekitar 70,000 orang,” katanya seperti dilaporkan agensi berita ANTARA dan CNN Indonesia.

Dahnil menegaskan, sekiranya 70,000 jemaah berkenaan dialihkan kepada syarikat penerbangan nasional seperti Garuda Indonesia dan Lion Air, ia bakal memberikan limpahan besar kepada ekonomi dalam negara.

Sehubungan itu, beliau telah memanggil pengurusan tertinggi Garuda Indonesia, Lion Air serta pengendali lapangan terbang Angkasa Pura bagi memastikan kualiti perkhidmatan di Terminal 2 dipertingkatkan selain menawarkan harga tiket yang lebih kompetitif berbanding syarikat penerbangan Malaysia dan Singapura.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengesahkan kerajaan Arab Saudi memberi jaminan bahawa ibadah umrah kekal berjalan lancar dan selamat meskipun berlaku ketegangan geopolitik di rantau Asia Barat. – MYNEWSHUB

Tags: ibadah umrahIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd