• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Menteri Ditegur Gara-Gara ‘Homestay’

oleh
13/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Istilah inap desa dan ‘homestay’ menghangatkan seketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini, apabila Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menegur seorang timbalan menteri kerana tidak menggunakan istilah bahasa Melayu itu.

Teguran itu dibuat ketika Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, menjawab soalan Datuk Isa Ab Hamid mengenai jumlah usahawan kraf tangan dan pengusaha inap desa yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mynewshub

Dalam jawapannya, Santhara menggunakan istilah ‘homestay’, berbanding inap desa yang sudah diiktiraf Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekurang-kurangnya sejak lebih 12 tahun lalu.

Sebaik saja selesai menjawab soalan itu, Rais secara berlapik bertanyakan terjemahan ‘homestay’ dalam bahasa kebangsaan kepada Santhara, sebelum seorang Ahli Dewan Negara memaklumkan terjemahannya ialah inap desa.

Namun, ketika menjawab soalan tambahan Isa mengenai usaha kementerian meningkatkan pemasaran inap desa secara digital, Santhara tetap menggunakan perkataan ‘homestay’, sebelum Rais sekali lagi menegurnya.

“Tak ada sekali pun YB (Yang Berhormat) sebut inap desa (dalam jawapan).

“Saya bukan apa, inilah sebabnya bahasa kebangsaan kita luntur. Ada istilah, kita tidak pakai.

“Dalam hal ini, saya mohon kita sama-sama ingatkan kembali (untuk menggunakan bahasa kebangsaan),”katanya.

Terdahulu dalam jawapannya, Santhara memaklumkan setakat 31 Ogos lalu, seramai 150 daripada 6,220 usahawan kraf berdaftar memilih untuk bertukar kepada bidang lain, sama ada secara sementara atau kekal.

Katanya, pertukaran bidang itu antara lain kerana faktor usia, kesihatan, peluang dalam bidang lain dan cabaran dihadapi sepanjang tempoh penularan COVID-19.

Beliau turut memaklumkan, seramai 3,060 pengusaha berdaftar bagi program pengalaman inap desa di negara ini, namun rata-ratanya tidak begitu terkesan kerana masih memiliki pendapatan utama yang lain.

“Tidak dapat dinafikan mereka kehilangan peluang menjana pendapatan melalui program ini kerana aktiviti ‘homestay’ bergantung penuh pada kehadiran pelancong.

“Namun, pendapatan aktiviti ‘homestay’ ini adalah pendapatan tambahan kepada pengusaha, dengan mengambil kira kebanyakan mereka mempunyai sumber pendapatan utama yang lain,” katanya. – BH Online

Tags: Dewan NegaraDr Santhara KumarhomestayInap Desatimbalan menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lepaskan Jawatan Jika Serang Kerajaan Persekutuan – PMX Anwar

Lepaskan Jawatan Jika Serang Kerajaan Persekutuan – PMX Anwar

19/07/2026
0

IPOH - Menteri, Timbalan Menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan diberi amaran menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen...

Memang Kami Mahu UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan

Memang Kami Mahu UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO tidak mempunyai masalah dengan gesaan Pemuda Pakatan Harapan (PH) supaya pemimpin Barisan Nasional (BN) meletak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd