• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tip Jimat Elektrik Semasa Sekatan Pergerakan Penuh

oleh
03/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkongsi beberapa tip bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh di seluruh negara yang bermula kelmarin.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan, berkata semasa tempoh berkenaan, pengguna mempunyai cara untuk memantau dan menguruskan penggunaan peralatan elektrik di rumah bagi mengurangkan pembaziran tenaga.

“Bagi lebih 1.2 juta pelanggan TNB dengan pemasangan meter pintar, mereka boleh manfaatkan data penggunaan elektrik harian menerusi aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan tenaga elektrik di rumah,” katanya.

Pelanggan TNB dinasihatkan supaya mengamalkan beberapa langkah seperti menutup komputer selepas digunakan, berhenti mengecas komputer riba apabila kuasanya telah penuh, di samping memastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa menggunakan pendingin hawa. 

Selain itu tetapkan penentu tempoh masa pada pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga, mencuci penapis pendingin hawa bagi mengoptimumkan proses penyejukkan dan gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi mengurangkan kos pencahayaan. 

Maklumat lanjut mengenai penggunaan elektrik dengan cara berjimat cermat boleh didapati di portal TNB https://www.mytnb.com.my. 

Pengguna juga boleh memantau penggunaan tenaga semua peralatan elektrik secara terperinci menerusi MAEVi yang boleh dicapai menerusi https://maevi.my/

Bagi pertanyaan mengenai bil, orang ramai boleh menghubungi TNB CareLine dengan menelefon 1300-88-5454, atau meneusi Facebook TNB CareLine dan Twitter@Tenaga_Nasional. – BERNAMA

Tags: perintah kawalan pergerakantenaga elektrikTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd