Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkongsi beberapa tip bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh di seluruh negara yang bermula kelmarin.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan, berkata semasa tempoh berkenaan, pengguna mempunyai cara untuk memantau dan menguruskan penggunaan peralatan elektrik di rumah bagi mengurangkan pembaziran tenaga.

“Bagi lebih 1.2 juta pelanggan TNB dengan pemasangan meter pintar, mereka boleh manfaatkan data penggunaan elektrik harian menerusi aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan tenaga elektrik di rumah,” katanya.

Pelanggan TNB dinasihatkan supaya mengamalkan beberapa langkah seperti menutup komputer selepas digunakan, berhenti mengecas komputer riba apabila kuasanya telah penuh, di samping memastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa menggunakan pendingin hawa. 

Selain itu tetapkan penentu tempoh masa pada pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga, mencuci penapis pendingin hawa bagi mengoptimumkan proses penyejukkan dan gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi mengurangkan kos pencahayaan. 

Maklumat lanjut mengenai penggunaan elektrik dengan cara berjimat cermat boleh didapati di portal TNB https://www.mytnb.com.my

Pengguna juga boleh memantau penggunaan tenaga semua peralatan elektrik secara terperinci menerusi MAEVi yang boleh dicapai menerusi https://maevi.my/

Bagi pertanyaan mengenai bil, orang ramai boleh menghubungi TNB CareLine dengan menelefon 1300-88-5454, atau meneusi Facebook TNB CareLine dan [email protected]_Nasional. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada...

RM6.6 Bilion Kepada MARA, UiTM Sedia Akses Pendidikan Golongan Susah

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan bagi anak Bumiputera, khususnya daripada...

Jumlah Had Pegangan ASB Dan ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000 Berbanding RM200,000 Sebelum Ini

KUALA LUMPUR: Tawaran pinjaman 1.5 peratus membabitkan dana bernilai RM100 juta ditawarkan kepada golongan...

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan...

Bantuan RM2,500 Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500, Anak 5 Atau Lebih

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah...