• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

oleh Mynewshub
21/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan elektrik selama 13 tahun menerima kritikan ramai netizen di media sosial.

Rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana sebuah keluarga boleh menunggu begitu lama untuk mendapatkan kemudahan asas, sebelum isu tersebut menjadi perhatian umum selepas rombongan diraja berhenti mendengar sendiri keluhan mereka.

“13 tahun weyyy.. bukan 13 hari dema tu mohon. Apa lagi alasan TNB? Aku tak boleh bayang macam mana kehidupan family tu tanpa elektrik selama 13 tahun,” tulis pengguna Facebook, Harryeliawanie Hasimi.

Seorang lagi netizen, Hazril Md Isa pula menyindir, “Bayangkan kalau Tuanku tak berhenti hari tu, sampai ke sudah tak ada elektrik.”

Nada sama turut disuarakan Wan Mazlan Wan Harun yang mendakwa tindakan pantas hanya berlaku selepas isu itu tular.

“Dah kena viral baru menggelabah wahai TNB. 13 tahun duk buat apa tu,” katanya.

Mohammad Khairul Azhan pula mendakwa penjelasan TNB dilihat seperti cubaan ‘damage control’

“Tak payahlah nak damage control sangat.
Bayangkan kalau Sultan tak campur tangan? Tahun 2039 belum tentu lagi dapat bekalan,” katanya sinis.

Sementara itu, Fatihah Jamaluddin meluahkan rasa simpati terhadap keluarga terbabit.

“Ini 13 tahun weh. Macam mana lah mereka nak hidup,” katanya.

TNB dalam satu kenyataan di media sosial semalam memaklumkan permohonan berkaitan penyambungan bekalan elektrik di Kuala Sat, Jerantut diterima melalui kontraktor pada hujung Disember 2025.

Menurut TNB, pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkaitan pada Januari 2026 bagi membolehkan kerja-kerja penanaman tiang dilaksanakan, namun ia tertakluk kepada pelbagai kelulusan termasuk aspek teknikal, keselamatan dan status tanah.

TNB berkata kebenaran meneruskan kerja-kerja hanya diperoleh pada 17 Mei 2026, sebelum kerja penanaman tiang dimulakan pada 20 Mei lalu dan penyambungan bekalan disasarkan bermula 24 Mei ini.

Terdahulu, Mynewshub melaporkan selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di Pahang nekad berdiri di tepi jalan sambil memegang plakad meminta bantuan ketika rombongan diraja melalui kawasan mereka.

Tindakan penuh harapan itu membuahkan hasil apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kenderaan baginda berhenti bagi mengetahui masalah yang dihadapi keluarga terbabit. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial TNB CareLine

Tags: Bekalan ElektrikKenyataanmedia sosialNetizenPahangSinisTenaga Nasional BerhadTNB
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

20/05/2026
0

PAHANG - Selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di negeri ini nekad berdiri di...

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi had subsidi petrol RON95...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd