• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Buat Perancangan Teliti PRU Tempoh Pasca-COVID-19

oleh
23/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang membuat perancangan teliti bagi menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dalam tempoh pasca-COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata antara yang disusun ialah langkah-langkah bagi memastikan perjalanan pilihan raya yang selamat, lancar dan sempurna.

“SPR dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara telah merangka dan menyediakan satu Garis Panduan Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil (PRK).

“Garis panduan ini akan disesuaikan selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan semasa di bawah Akta 342 yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan seperti yang telah dilaksanakan dalam pilihan raya sebelumnya iaitu PRK Chini, PRK Slim dan PRU DUN Sabah Ke-16,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Beliau berkata antara langkah pencegahan COVID-19 yang dilaksanakan ialah pembersihan dan sanitasi di semua premis yang dikenal pasti akan digunakan pada pilihan raya; kawalan kehadiran di setiap premis yang digunakan pada jumlah paling minimum; dan penggunaan sarung tangan getah diwajibkan ke atas semua petugas pilihan raya dan pegawai SPR yang bertugas bagi setiap proses pilihan raya.

Selain itu, penganjuran sebarang bentuk ceramah, syarahan dan perhimpunan bagi tujuan kempen oleh mana-mana parti politik sepanjang tempoh berkempen adalah tidak dibenarkan, katanya.

Mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata usul itu boleh dibawa ke Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sekiranya teratur dan mematuhi Peraturan Mesyuarat 26(1) dan 27(3) dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Usul undi tidak percaya juga tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15 dalam Peraturan- Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, masing-masing mengenai susunan Aturan Urusan Mesyuarat dan peruntukan bagi mendahulukan urusan kerajaan.

Namun, Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa dan budi bicara untuk menentukan bila perbahasan usul boleh dibuat dengan mengambil kira urusan kerajaan, katanya.

Mengenai cadangan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid (BN-Bagan Datuk) agar kerajaan menjadikan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri sebagai usul yang diutamakan, Takiyuddin berkata usul itu ada dalam Aturan Mesyuarat persidangan ini dan dikemukakan Ahli Parlimen Pasir Puteh dan Ahli Parlimen Arau.

Usul itu  juga tertakluk kepada Peraturan 15 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,  yang mana urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain, katanya.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Covid-19Pilihan RayaPRU15SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd