• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Mekanik Motosikal Antara 11 Pelajar Cemerlang Di Kedah

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Anak seorang mekanik motosikal merupakan antara 11 pelajar cemerlang di Kedah yang mendapat keputusan A+ dalam semua matapelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Neo Yi Sang, 18, dari Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) yang memperoleh keputusan 11A+ dalam semua mata pelajaran berhasrat untuk menceburi bidang Bio Teknologi pada masa hadapan.

Anak bongsu dari dua beradik itu berkata dia amat gembira memperoleh keputusan cemerlang itu kerana usahanya selama ini untuk memperbaiki mata pelajaran yang gagal mendapat A+ pada peperiksaan percubaan SPM berhasil.

“Masa peperiksaan percubaan saya hanya dapat 6A+ sahaja dan selepas mata pelajaran yang susah seperti Biologi, saya tingkatkan usaha mengulangkaji mata pelajaran yang lemah,” katanya.

Neo berkata tumpuan ketika guru mengajar dalam kelas, sentiasa menyiapkan latihan yang diberikan guru-guru dan sering mengulang kaji pelajaran selepas waktu persekolahan antara rahsia kejayaannya.

Katanya rehat yang cukup pada waktu malam amat penting bagi memastikan badan dan otak lebih cergas untuk melalui proses pembelajaran pada hari berikutnya.

Bapanya Neo Swee Boon, 57, bekerja sebagai mekanik motosikal dengan pendapatan kecil tetapi tidak menjadi penghalang untuknya diberikan pelbagai kemudahan untuk pembelajaran seperti buku latihan dan kelas tambahan seperti rakan-rakan yang lain.

Dia yang turut membantu bapanya di bengkel motosikal berkata kegigihan bapanya mencari sumber pendapatan untuk keluarga menjadi motivasi penting untuknya mencapai kecemerlangan dalam SPM untuk masa depan yang lebih cerah.

Katanya dia berhasrat menyambung pengajiannya dalam bidang Bio Teknologi di universiti tempatan.

Di Kedah, 484 calon SPM 2014 daripada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran berbanding 622 calon pada 2013.- BERNAMA

Tags: SPM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukup-cukuplah. Saya Cina yang berpandangan bahawa tiada keperluan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) diiktiraf,” kata pemilik akaun media...

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd