• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mujahid, Kursus Perdana Haji Bukan Medan Propaganda Politik

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi dicabar untuk menubuhkan segera Siasatan Diraja (RCI) berhubung hal ehwal kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki mendakwa, sejak awal penubuhan sehinggalah hari ini tidak pernah dilaporkan Tabung Haji mengalami kerugian.

Bahkan bermula pada tahun 2009, keuntungan bersih Tabung Haji setelah ditolak cukai dan zakat melangkaui angka lebih RM1 billion.

Tegas beliau, jika benar akaun Tabung Haji dimanipulasi, Jabatan Audit Negara adalah badan pertama perlu keluarkan kenyataan kerana selama ini jabatan itu yang mengaudit akaun dan laporan kewangan Tabung Haji.

Parlimen juga harus bertanggungjawab kerana akaun Tabung Haji dibentangkan dan diluluskan setiap tahun.

“Tiba-tiba naik YB Menteri, TH dikatakan rugi, akaun ditipu dan macam-macam tuduhan dan dakwaan. Sebab itulah yang terbaik tubuhkan segera RCI sebagaimana janji Pakatan Harapan juga dalam manifesto mereka. Biar rakyat mengetahui cerita sebenar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff di Kursus Perdana Haji mengenai kedudukan akaun Tabung Haji.

Menurut Asyraf, kursus itu tidak sepatutnya dijadikan medan propaganda politik untuk menghasut bakal-bakal jemaah supaya marah dengan kerajaan dan pengurusan Tabung Haji terdahulu.

Beliau turut mahu Mujahid berhenti mempolitikkan kursus tersebut.

“Biarkan bakal-bakal jemaah memfokuskan kepada hal-hal berkaitan penyempurnaan ibadah Haji dan bukannya dipaksa mendengar ceramah politik Kekanda mengapi-apikan perbalahan dan prejudis.

“Kadang-kadang terdetik, siapa sebenarnya pembangkang atau kerajaan ini?” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: Asyraf Wajdi Dusukikursus perdana hajiMujahid Yusof RawaTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd